
Battersea Power Station peroleh pinjaman semula RM1.5 bilion
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Battersea Power Station Development Company memperoleh pinjaman pembiayaan semula sebanyak £280 juta (kira-kira RM1.5 bilion) daripada empat institusi perbankan bagi meneruskan pembangunan baki kawasan seluas 6.47 hektar di Battersea Power Station, London. (Berita Harian, 12:45)
Read the reporting
1 report
Battersea Power Station peroleh pinjaman semula RM1.5 bilion
KUALA LUMPUR: Battersea Power Station Development Company memperoleh pinjaman pembiayaan semula sebanyak £280 juta (kira-kira RM1.5 bilion) daripada empat institusi perbankan bagi meneruskan pembangunan baki kawasan seluas 6.47 hektar di Battersea Power Station, London.
Pembiayaan itu disediakan oleh CIMB, OCBC, Maybank dan Standard Chartered, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan pemberi pinjaman terhadap kemajuan dan potensi jangka panjang pembangunan berkenaan.
Kemudahan kewangan itu akan menyokong fasa seterusnya projek pembangunan semula kawasan seluas kira-kira 17 hektar di tebing Sungai Thames, susulan penyerahan pelan induk yang disemak bagi baki kawasan belum dibangunkan.
Pelan induk baharu yang direka oleh Studio Egret West mencadangkan pembangunan sehingga 3.2 juta kaki persegi ruang kediaman, komersial dan riadah, sekali gus melengkapkan pembangunan kawasan kejiranan tepi sungai itu.
Ketua Pegawai Kewangan Battersea Power Station Development Company, Chee Seng Siew, berkata pembiayaan semula itu mencerminkan keyakinan pemberi pinjaman terhadap kejayaan transformasi kawasan berkenaan serta potensinya pada masa hadapan.
"Pembangunan semula berskala seperti Battersea Power Station memerlukan modal jangka panjang dan keyakinan bersama terhadap nilai yang mampu diwujudkan sesebuah kawasan.
"Dalam keadaan pasaran hartanah yang lebih perlahan, sokongan berterusan daripada pemberi pinjaman mencerminkan keyakinan terhadap transformasi yang dicapai setakat ini serta peluang pembangunan pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pembinaan fasa Prospect Place South bermula pada awal September lalu, membabitkan dua bangunan baharu rekaan Gehry Partners yang bakal menawarkan kira-kira 300 unit kediaman.
Fasa itu turut merangkumi ruang komersial seluas 65,000 kaki persegi, hab komuniti seluas 15,000 kaki persegi, hab basikal serta penyempurnaan laluan pejalan kaki di sepanjang Electric Boulevard.
Selain itu, kelulusan perancangan turut diperoleh bagi pembinaan 200 unit rumah untuk penduduk tempatan menerusi kerjasama dengan Wandsworth Council di bawah program Homes for Wandsworth, dengan pembinaan dijangka bermula pada awal 2027. Kediaman berkenaan akan ditawarkan pada kadar sewa sosial.
Pembangunan fasa seterusnya itu akan melengkapkan projek yang setakat ini menyediakan lebih 2,200 unit kediaman, kira-kira 800,000 kaki persegi ruang pejabat serta lebih 170 premis perniagaan merangkumi kedai, bar, restoran dan kemudahan riadah.
Chee Seng berkata, pembiayaan itu turut menyediakan asas kewangan kukuh untuk membangunkan baki kawasan berkenaan serta mewujudkan nilai berterusan kepada pemegang saham dan komuniti setempat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada institusi pemberi pinjaman serta pemegang saham iaitu SP Setia, Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas sokongan berterusan terhadap pembangunan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.