
Bayar harga mahal untuk asap dari seberang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Api yang membakar tanah gambut di Kalimantan dan Sumatera mungkin jauh dari pandangan, tetapi kosnya mendarat terus di bilik darjah dan klinik kita. Sepanjang Ogos hingga September, jerebu rentas sempadan dari Indonesia menutup ratusan sekolah, memaksa ratusan ribu murid belajar dari rumah, dan menghantar ribuan rakyat Malaysia ke fasiliti kesihatan dengan masalah pernafasan. (Harian Metro, 07:04)
Read the reporting
1 report
Bayar harga mahal untuk asap dari seberang
Api yang membakar tanah gambut di Kalimantan dan Sumatera mungkin jauh dari pandangan, tetapi kosnya mendarat terus di bilik darjah dan klinik kita. Sepanjang Ogos hingga September, jerebu rentas sempadan dari Indonesia menutup ratusan sekolah, memaksa ratusan ribu murid belajar dari rumah, dan menghantar ribuan rakyat Malaysia ke fasiliti kesihatan dengan masalah pernafasan.
Bagi sebuah negara yang tidak menyalakan api itu, harga yang dibayar sangat mahal.
Kementerian Kesihatan (KKM) memantau kesan jerebu setiap hari melalui 78 fasiliti kesihatan sentinel di seluruh negara, dan angkanya membimbangkan.
Antara minggu epidemiologi ke-32 dan ke-33, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan kes asma meningkat 259 peratus, daripada 61 kepada 219 kes, manakala jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) melonjak 124 peratus kepada 3,674 kes. Lonjakan itu terus memuncak apabila KKM kemudian melaporkan kes asma mencecah 1,811.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menjelaskan zarah halus jerebu mencetuskan keradangan saluran pernafasan dan melemahkan pertahanan paru-paru, sehingga tubuh lebih mudah diserang virus dan bakteria.
Katanya, perkembangan terkini mendapati kes asma dilaporkan meningkat lebih lapan kali ganda.
Berita baiknya, trend itu mula menurun. Pada minggu epidemiologi ke-37, kes asma berkurang 35.36 peratus kepada 722 kes berbanding 1,117 kes pada minggu sebelumnya, dan setakat awal September tiada kematian akibat komplikasi jerebu dilaporkan di fasiliti KKM.
Namun, angka yang menurun tidak memadam kos yang sudah ditanggung iaitu cuti sakit, ubat-ubatan, lawatan kecemasan, dan ibu bapa yang terpaksa meninggalkan kerja untuk menjaga anak yang sesak nafas. KKM sendiri menasihatkan kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita hamil, warga emas serta pesakit asma dan penyakit paru-paru obstruktif kronik supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Daripada semua kumpulan itu, kanak-kanak paling terdedah kerana paru-paru mereka masih berkembang, dan mereka menghabiskan sebahagian besar hari di sekolah. Di sinilah krisis kesihatan bertemu krisis pendidikan.
Pada minggu kedua September, semua 14 Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak terlibat dalam penutupan sementara sekolah. Sebanyak 710 sekolah, iaitu 617 sekolah rendah dan 93 sekolah menengah, beralih kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dari 7 hingga 11 September. Sebelum itu, penutupan 647 sekolah di bawah 12 PPD sahaja sudah melibatkan hampir 200,000 murid.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek bertindak mengikut protokol sedia ada.
Berpandukan Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, aktiviti luar bilik darjah dihentikan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 manakala sekolah ditutup apabila bacaan melepasi 200. Ibu bapa yang bimbang turut dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah dengan hanya memaklumkan pihak sekolah.
Langkah itu wajar, tetapi realiti bilik darjah lebih rumit daripada angka 200. Guru dan ibu bapa di media sosial mempersoalkan keadaan kelas yang tidak tertutup sepenuhnya terutama di sekolah lama yang mempunyai banyak lubang pengudaraan. Seorang guru menulis dia sendiri sedang mengalami kesan kesihatan akibat jerebu.
Dalam kelas sebegini, udara di dalam hampir sama dengan udara di luar, jadi larangan aktiviti luar tidak banyak melindungi murid yang duduk enam jam sehari di situ.
Pakar Kualiti Udara Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof Madya Dr Azman Azid, turut mengingatkan bahawa udara sentiasa bergerak dan tidak berada di satu kawasan sahaja. Bacaan boleh berubah dalam beberapa jam, maka keputusan menutup sekolah berdasarkan bacaan pagi sering terlewat.
PdPR pula membawa masalahnya sendiri. Pembelajaran di rumah bergantung kepada peranti, liputan internet serta kehadiran ibu bapa, dan ketiga-tiganya tidak sekata di kawasan pedalaman Sarawak yang paling teruk dilanda jerebu. Setiap minggu PdPR melebarkan jurang antara murid bandar dan luar bandar, dan kehilangan pembelajaran itu tidak lenyap apabila langit kembali biru.
Puncanya tidak dipertikaikan. Musim kebakaran di Indonesia tahun ini dilaporkan paling buruk dalam tempoh 11 tahun walaupun pihak berkuasa mengakui pembakaran terbuka tempatan turut menyumbang. Malaysia sudah memperketat hukuman pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, tetapi akta itu tidak menjangkau api di luar sempadan.
Singapura mempunyai Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan sejak 2014, manakala Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002 tidak mempunyai mekanisme hukuman. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam kini sedang meneliti akta khusus, tetapi penyelesaian diplomatik dan perundangan akan mengambil masa bertahun-tahun.
Sementara menunggu, banyak yang boleh dilakukan di dalam negara.
Pertama , data sentinel KKM perlu disalurkan terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya keputusan menutup sekolah mengambil kira lonjakan kes pernafasan di daerah itu, bukan sekadar bacaan IPU.
Kedua, sekolah dengan bilik darjah terbuka wajar beralih lebih awal, mungkin pada paras 150.
Ketiga, setiap sekolah di kawasan berisiko tinggi perlu sekurang-kurangnya satu bilik udara bersih dengan penapis udara mudah alih serta bekalan pelitup N95 untuk murid yang menghidap asma.
Keempat , rekod kesihatan murid berisiko perlu dikemas kini sebelum musim kemarau supaya guru tahu siapa yang perlu dipantau.
Kelima , pakej PdPR musim jerebu termasuk modul bercetak perlu disediakan lebih awal untuk murid tanpa akses internet.
Peralihan kepada Monsun Timur Laut sekitar pertengahan Oktober dijangka meredakan jerebu, dan kes asma pun sudah menurun. Tetapi musim kemarau akan kembali tahun depan. Jika sekolah dan klinik kita tidak lebih bersedia ketika itu, murid dan pesakit yang sama akan sekali lagi membayar harga untuk api yang bukan mereka nyalakan.
Penulis Dr Mohd Zulfakar Mohd Nawi, Pensyarah Kanan Jabatan Ikhtisas Pendidikan dan Pascasiswazah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) manakala Dr Siti Hajar Zakariah Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.