
Beberapa kawasan di Indonesia terus catat kualiti udara berbahaya
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Beberapa kawasan di Indonesia terus catat kualiti udara berbahaya (Google News Malaysia (BM), 11:29)
Read the reporting
1 report
Indonesia terus catat kualiti udara berbahaya akibat kebakaran hutan
JAKARTA: Kualiti udara berbahaya terus menjejaskan sebahagian wilayah Kalimantan dan Sumatera Indonesia susulan kebakaran hutan dan tanah, dengan 437 titik panas dikesan di seluruh negara, semalam.
Kementerian Perhutanan Indonesia (Kemenhut), memetik data pemantauan oleh Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), berkata sebahagian Kalimantan Tengah, Sumatera Selatan dan Jambi terus merekodkan kualiti udara daripada sangat tidak sihat hingga berbahaya.
"Pasukan bersama terus menangani kebakaran hutan dan tanah menerusi pemadaman kebakaran darat, pengeboman air, rondaan udara serta usaha pencegahan dan kawalan di kawasan keutamaan," kata kementerian itu menerusi media sosial.
Mengikut klasifikasi kualiti udara BMKG, keadaan yang sangat tidak sihat sepadan dengan kepekatan PM2.5 iaitu 150.5 hingga 250.4 mikrogram setiap meter padu, manakala tahap berbahaya melebihi 250.4 mikrogram setiap meter padu, dengan PM2.5 merujuk pada zarah bawaan udara halus berukuran 2.5 mikrometer atau lebih kecil.
Kementerian itu berkata 61 pesawat masih dikerahkan untuk operasi memadam kebakaran, rondaan udara dan ubah suai cuaca.
Angka itu terdiri daripada 44 pesawat pengeboman air dan 17 ditugaskan untuk rondaan serta pengubahsuaian cuaca, dengan 55 beroperasi di enam wilayah keutamaan dan enam di tempat lain.
Menurut sistem pemantauan kementerian, Kalimantan Tengah mencatatkan 122 titik panas setakat jam 9 malam waktu tempatan semalam, meningkat daripada 86 sehari sebelumnya, manakala Sumatera Selatan merekodkan 107, turun daripada 130.
Jambi menunjukkan peningkatan daripada tiga kepada 15 titik panas, manakala Kalimantan Barat meningkat daripada 12 kepada 13 dan Kalimantan Selatan menurun daripada 37 kepada 13. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)11:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.