
Belanjawan 2027 beri kesan positif untuk golongan kelas menengah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Belanjawan 2027 beri kesan positif untuk golongan kelas menengah
BELANJAWAN 2027 bertemakan 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi' sekiranya dilihat dari perspektif politikus, ia 'belanjawan pilihan raya'.
Namun dari perspektif rakyat, Belanjawan 2027 ini sangat dialu-alukan khususnya daripada golongan kelas menengah (M40).
Antara kritikan utama terhadap belanjawan sebelum ini, M40 sering dipinggirkan meskipun mereka penyumbang kepada kemakmuran negara. Nampaknya kerajaan mendengar rintihan mereka.
M40 mempunyai julat pendapatan isi rumah sekitar RM5,860 hingga RM12,679 mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia.
Golongan yang merangkumi 40 peratus atau 13.2 juta isi rumah ini, mengandungi dua kumpulan berbeza, iaitu kelas menengah atas M10 (3.3 juta isi rumah) dan kelas menengah bawah M30 (9.9 juta isi rumah).
Realitinya, M40 antara kumpulan penting menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana berperanan besar dalam menggerakkan perbelanjaan domestik, membayar cukai, membiayai pendidikan anak serta menyokong perkembangan sektor perkhidmatan dan perniagaan.
Dalam konteks pembangunan negara, Belanjawan 2027 berpotensi menjadi instrumen penting untuk meningkatkan kesejahteraan M40, khususnya ketika berhadapan peningkatan kos sara hidup, komitmen hutang, harga rumah tinggi dan keperluan simpanan persaraan.
Bagaimanapun, kesan sebenar belanjawan bergantung kepada langkah diumumkan secara rasmi, jumlah peruntukan, mekanisme pelaksanaan dan kumpulan yang layak menerima manfaat.
Perkara yang sangat dialu-alukan ialah peningkatan had pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Selain itu, pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak satu mata peratusan bagi julat pendapatan bercukai tertentu mampu menambahkan lagi pendapatan mereka.
Kadar bagi julat RM70,001 hingga RM100,000 diturunkan kepada 18 peratus, manakala julat RM100,001 hingga RM150,000 diturunkan kepada 24 peratus.
Kerajaan turut memperluas beberapa pelepasan cukai antaranya berkaitan rawatan selepas bersalin, penjagaan ibu bapa dan datuk nenek, kasut sukan serta pendidikan dan latihan kemahiran.
Langkah ini sangat melegakan M40 khususnya dari segi kewangan mereka. Ini kerana tanggungan cukai berkurang, sebahagian pendapatan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan, membayar pinjaman pendidikan khususnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menambah simpanan kecemasan atau membiayai pendidikan anak.
Pengurangan cukai bermanfaat kepada M40
Pelepasan berkaitan penjagaan ahli keluarga juga penting bagi golongan yang perlu menanggung perbelanjaan ibu bapa semakin berusia.
Kos sara hidup menjadi cabaran utama bagi M40, khususnya keluarga menetap di bandar dan mempunyai komitmen tetap seperti ansuran kenderaan, rumah, utiliti, makanan dan penjagaan anak.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, purata perbelanjaan penggunaan isi rumah meningkat daripada RM5,150 sebulan pada 2022 kepada RM5,566 (2024). Perumahan, air, elektrik dan bahan api menyumbang 23.5 peratus daripada corak perbelanjaan berkenaan, manakala makanan dan minuman menyumbang 15.7 peratus.
Reaksi kerajaan melalui Belanjawan 2027 adalah menetapkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM150 sebulan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan SARA MADANI sebanyak RM100 bagi dua kali pemberian diperluas kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR, yang sebahagian besarnya juga daripada M40.
Peruntukan program Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI turut ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta, dengan sasaran 35,000 penganjuran.
Langkah tadi jelas bermatlamat mengurangkan tekanan perbelanjaan harian, khususnya apabila bantuan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan dan program jualan menawarkan harga yang lebih rendah.
Bagi keluarga berpendapatan sederhana, penjimatan kecil tetapi berulang boleh membantu mengekalkan aliran tunai bulanan.
Yang pasti, bantuan sekali bayar tidak semestinya menyelesaikan masalah kos sara hidup berpanjangan. Isu keselamatan makanan harus terus ditangani dan pergantungan kita terhadap import haruslah dicari jalan penyelesaiannya.
Kenaikan harga rumah dan pengangkutan boleh menghakis manfaat bantuan berkenaan. Subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion akan memberi kelegaan kepada semua M40.
Langkah pemantauan harga, bekalan barangan stabil dan bantuan bersasar berdasarkan keperluan sebenar isi rumah harus diperkukuhkan bagi manfaat rakyat keseluruhannya.
Rumah mampu milik harus diperluaskan, selain meningkatkan ketelusan harga, memudahkan akses pembiayaan bertanggungjawab dan memperbaiki pengangkutan awam supaya keluarga tidak perlu tinggal terlalu jauh dari tempat kerja.
Pelepasan duti setem bagi pembelian rumah pertama yang menjadi sebahagian langkah sokongan terdahulu juga menunjukkan kepentingan mengurangkan kos permulaan pemilikan rumah.
Bantuan dan potongan cukai membabitkan langganan kecerdasan buatan (AI) juga sangat dialu-alukan.
Belanjawan 2027 turut memberi perhatian kepada pendapatan pekerja. Antara langkah diumumkan ialah peningkatan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.
Gaji minimum pekerja separa mahir dan graduan pula RM2,500 sebulan. Walaupun perubahan ini memberi manfaat secara langsung kepada pekerja bergaji rendah, kesannya terhadap M40 juga wajar diberi perhatian.
Apabila gaji minimum meningkat, pekerja yang berada di bahagian bawah struktur pendapatan berpotensi memperoleh pendapatan lebih tinggi.
Hal ini boleh membantu dalam mengurangkan jurang pendapatan dan meningkatkan kuasa beli masyarakat. Namun, bagi pekerja M40 yang sudah menerima gaji melebihi paras minimum, manfaat berkenaan tidak semestinya berlaku secara automatik.
Sekiranya gaji profesional, penyelia dan pekerja berkemahiran tidak meningkat seiring dengan kos sara hidup, perbezaan pendapatan antara kumpulan pekerja boleh menjadi semakin kecil.
Oleh itu, kerajaan perlu menggalakkan pelaksanaan dasar gaji progresif, latihan semula pekerja dan pembangunan kemahiran digital.
Pelaburan dalam bidang AI, semikonduktor dan teknologi bernilai tinggi juga berpotensi membuka peluang pekerjaan menawarkan gaji lebih baik.
Dalam jangka panjang, peningkatan produktiviti dan kemahiran lebih mampan berbanding kebergantungan kepada bantuan kewangan semata-mata.
Secara keseluruhannya, kerajaan jelas mendengar rintihan M40 dalam Belanjawan 2027. Ia mampu memberikan kesan positif kepada golongan itu melalui pengurangan beban cukai, bantuan kos sara hidup, peluasan pelepasan berkaitan keluarga dan usaha meningkatkan pendapatan pekerja.
Langkah ini penting kerana kelas menengah bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, malah menjadi penghubung antara kumpulan berpendapatan rendah dengan sektor ekonomi lebih produktif.
Penulis ialah Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.