
Belanjawan 2027: Peniaga Rantau Panjang harap cadangan sambung ECRL rancakkan semula zon bebas cukai | Sinar Harian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Belanjawan 2027: Peniaga Rantau Panjang harap cadangan sambung ECRL rancakkan semula zon bebas cukai | Sinar Harian (Google News Malaysia (BM), 18:13)
Read the reporting
1 report
Sambung ECRL sampai Rantau Panjang suntik 'nyawa baharu' buat peniaga
KOTA BHARU: Peniaga di Rantau Panjang menyifatkan pengumuman kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2027 semalam berhubung penyambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke kawasan itu mampu merancakkan semula ekonomi di kawasan berkenaan yang kini terjejas teruk.
Ini kerana peniaga mendakwa, sudah beberapa tahun perniagaan mereka lesu dan terjejas teruk dengan ada dalam kalangan mereka gulung tikar berikutan kurang sambutan terutama pelancong.
Peniaga, Hamid Salleh, 55, berkata pengumuman penyambungan laluan ECRL itu antara yang ditunggu-tunggu penduduk terutama dalam kalangan peniaga zon bebas cukai.
"Sebelum ini kami ada mendengar khabar angin mengatakan ECRL disambung sehingga ke Rantau Panjang, namun ia belum disahkan.
"Namun selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengesahkan perkara itu, ia memberi khabar gembira buat kami sebagai peniaga dan penduduk di Rantau Panjang.
"Sudah tentu dengan adanya ECRL sedikit sebanyak ekonomi di sini semakin rancak memandangkan sudah beberapa tahun keadaan peniaga di sini terjejas teruk dan kurang sambutan," katanya ketika dihubungi.
Semalam media melaporkan, Malaysia dan China mencapai kata sepakat untuk menyambung projek ECRL Laluan ke Rantau Panjang.
Anwar dilaporkan berkata, persetujuan itu dicapai bagi memperluaskan rangkaian ECRL yang sedia ada dan meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan.
Katanya, penyambungan jajaran baharu ke Rantau Panjang itu dijangka memberi limpahan ekonomi besar kepada Kelantan serta memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia-Thailand.
ECRL adalah projek pengangkutan darat rentas wilayah sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat, bermula dari Kota Bharu hingga ke Pelabuhan Klang dengan 20 stesen terdiri 10 stesen penumpang dan 10 stesen gabungan penumpang serta kargo.
Peniaga, Abdullah Bakar, 49, turut mengharapkan kemudahan yang diumumkan kerajaan itu mampu memulihkan semula keadaan peniaga di Rantau Panjang seperti dulu.
"Jika dulu setiap kali hari minggu atau cuti sekolah, suasana di Rantau Panjang meriah dengan kehadiran pengunjung sehingga jalan pun sesak, namun kini suasana jauh berubah dan keadaan seperti lesu dan sunyi.
"Justeru, sudah tentu dengan pengumuman ECRL itu kita mengharapkan ekonomi diRantau Panjang kembali rancak selain memberi kemudahan kepada penduduk," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)18:13
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.