Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM43World : Cambodia, Thailand Agree On Trust-Building Steps In Maritime Boundary Talks In The Hague41World : Musk Pledges One SpaceX Share To Every US Child Next Year41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful40General : MPS Urged To Be Cautious With Words To Avoid Controversies In Dewan Rakyat – Johari40KL20: Kerajaan terus tambah baik inisiatif sedia ada - Akmal Nasir38Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 202638Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals35Business : Malaysia Is Back In Business, Amir Hamzah Tells IMF-World Bank Meetings35MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Beli kereta pertama, utamakan nilai serta praktikal

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 16:03 MYTLatest activity 19 Oct, 16:03BMconfidence 60%

What happened

Membeli kereta pertama bukan sekadar soal kemampuan menyediakan bayaran bulanan, sebaliknya memerlukan pertimbangan terhadap keperluan penggunaan dan kos pemilikan dalam jangka panjang. (Berita Harian, 16:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Beli kereta pertama, utamakan nilai serta praktikal

By Syakilla Marzuki · 19 Oct, 16:03 MYT

Membeli kereta pertama bukan sekadar soal kemampuan menyediakan bayaran bulanan, sebaliknya memerlukan pertimbangan terhadap keperluan penggunaan dan kos pemilikan dalam jangka panjang.

Bagi golongan profesional muda dan keluarga yang sedang berkembang, kenderaan perlu memenuhi pelbagai peranan, daripada perjalanan ke tempat kerja dan urusan harian hingga membawa penumpang serta barangan keperluan.

Justeru, aspek seperti keselamatan, keselesaan, kebolehpercayaan, kos pemilikan yang munasabah serta praktikaliti kereta wajar dinilai sebelum membuat pembelian.

Nilai bukan sekadar harga pembelian

Harga kenderaan mungkin menjadi pertimbangan utama pada peringkat awal. Namun, kos yang ditanggung sepanjang tempoh pemilikan turut mempengaruhi nilai sesebuah kenderaan.

Antara perkara yang boleh diberi perhatian termasuk kos penyelenggaraan, kecekapan penggunaan harian, tahap kebolehpercayaan serta sokongan perkihdmatan selepas jualan.

Pendekatan ini membantu pembeli membuat pilihan berdasarkan kemampuan dan keperluan sebenar, bukan bersandarkan harga permulaan semata-mata.

Sebagai contoh, Toyota sudah bertapak di Malaysia hampir enam dekad, dengan pemasangan kenderaan Toyota secara tempatan bermula pada 1968, dengan Toyota Corolla KE10 dan Corona T40.

Kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan sentiasa menjadi asas penting kepada jenama Toyota, termasuk dalam memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Sokongan jualan dan rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif turut menjadi sebahagian daripada pengalaman pemilikan, terutamanya bagi mereka yang mahukan kenderaan untuk kegunaan jangka panjang tanpa keraguan.

Dengan lebih 100 pusat servis di seluruh negara, meliputi kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar, pemilik Toyota mempunyai akses lebih mudah kepada servis, alat ganti tulen serta sokongan selepas jualan apabila diperlukan.

Keselamatan, keselesaan jadi keutamaan

Selain kos pemilikan, keselamatan dan keselesaan juga perlu diberi perhatian, khususnya bagi kenderaan yang digunakan setiap hari.

Golongan profesional muda selalunya memerlukan kenderaan yang selesa untuk perjalanan ulang-alik dan urusan kerja, manakala keluarga baharu pula memerlukan ruang yang sesuai untuk penumpang dan barangan.

Oleh itu, pembeli boleh menilai aspek seperti ruang kabin, kapasiti penyimpanan serta ciri keselamatan berdasarkan cara kenderaan akan digunakan.

Penilaian sedemikian membolehkan kenderaan yang dipilih bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, malah kekal praktikal apabila keperluan berubah.

Pilih ciri yang diperlukan

Perkembangan teknologi automotif kini menawarkan pelbagai ciri dan pilihan kepada pengguna. Namun, ciri yang banyak tidak semestinya menjadikan sesebuah kenderaan lebih sesuai untuk semua orang.

Sebaliknya, pembeli perlu melihat manfaat sebenar setiap ciri berdasarkan keperluan dan rutin harian.

Perbandingan boleh dibuat dengan melihat faktor utama seperti keselamatan, keselesaan, praktikaliti, kebolehpercayaan dan kos penyelenggaran.

Begitu juga dengan pilihan trenkuasa. Pengguna yang kebanyakannya memandu di bandar mungkin mempunyai keperluan berbeza berbanding mereka yang kerap memandu jarak jauh, manakala akses kepada kemudahan pengecasan turut menjadi pertimbangan bagi yang mahu beralih kepada kenderaan elektrik.

Atas sebab itu, Toyota menerusi pendekatan Pelbagai Laluan (Multi-Pathway) menawarkan rangkaian model dan trenkuasa mengikut keperluan, corak penggunaan dan tahap kesediaan pengguna.

Dalam masa yang sama, rangkaian model Toyota turut memenuhi keperluan pelbagai golongan, termasuk profesional muda, keluarga dan pembeli kereta pertama.

Pendekatan ini memberi pengguna ruang untuk memilih teknologi yang paling sesuai tanpa menganggap satu pilihan mampu memenuhi keperluan semua orang.

Buat keputusan berdasarkan keperluan

Membeli kereta pertama merupakan satu keputusan kewangan yang besar. Oleh itu, ia wajar dibuat dengan melihat nilai keseluruhan kenderaan, bukannya berdasarkan jumlah yang perlu dibayar ketika menandatangani dokumen pembelian.

Dengan mengambil kira kos pemilikan, keselamatan, keselesaan, praktikaliti, kebolehpercayaan dan sokongan selepas jualan, pembeli dapat membuat keputusan lebih terancang mengikut kemampuan masing-masing.

Pendekatan ini juga memastikan kenderaan yang dipilih bukan sahaja memenuhi keperluan hari ini, malah menyokong perubahan gaya hidup dan keperluan pemilikan pada masa akan datang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 16:40 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 16:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.