
Berang dikejutkan solat Subuh, lelaki pukul ibu hingga maut
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jakarta: Seorang lelaki tergamak membunuh ibu kandungnya yang berusia 77 tahun menggunakan tukul selepas berang dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh di Desa Wanasaraya, Wilayah Kuningan, Indonesia, lapor Detik Jabar. (Harian Metro, 20:01)
Read the reporting
1 report
Berang dikejutkan solat Subuh, lelaki pukul ibu hingga maut
Jakarta: Seorang lelaki tergamak membunuh ibu kandungnya yang berusia 77 tahun menggunakan tukul selepas berang dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh di Desa Wanasaraya, Wilayah Kuningan, Indonesia, lapor Detik Jabar.
Ketua Polis Kuningan, Superintenden Kanan Polis Bellen Anggara Pratama berkata, kejadian berlaku pada 8 Ogos lalu kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan ketika suspek berusia 38 tahun berkunjung ke rumah ibu bapanya.
Katanya, suspek yang juga anak kelima dalam keluarga itu sudah berkahwin dan menetap di Brebes.
Menurutnya, suspek naik berang apabila dikejutkan ibunya, Rusti, untuk menunaikan solat Subuh sebelum memukul kepala mangsa menggunakan tukul dan membuang mayatnya ke dalam perigi di sebelah rumah mereka.
"Motifnya adalah suspek berang kerana dikejutkan ketika waktu solat Subuh, lalu memukul mangsa menggunakan tukul sebelum memasukkannya ke dalam perigi.
"Mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dan berdasarkan keterangan doktor, mangsa ditemukan sudah meninggal dunia di dalam perigi," katanya.
Bellen berkata, selepas melakukan perbuatan itu, suspek melarikan diri ke rumah isterinya di Wilayah Brebes selepas kejadian sebelum diberkas polis pada hari yang sama.
"Suspek melarikan diri ke rumah isterinya di Wilayah Brebes dan tidak melakukan sebarang perlawanan fizikal ketika ditahan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, polis turut merampas tukul yang digunakan dalam kejadian itu serta pakaian suspek sebagai barang bukti.
Beliau berkata, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun mengikut Perkara 458 ayat 1 dan 2, dengan hukuman boleh ditambah satu pertiga jika kesalahan dilakukan terhadap ibu bapa kandung atau adik-beradik.
Mengulas dakwaan suspek mengalami gangguan jiwa, Bellen berkata, pihaknya belum dapat mengesahkannya kerana tiada rekod perubatan rasmi yang membuktikan perkara itu.
"Polis akan menjalankan pemeriksaan kesihatan mental terhadap suspek dengan bantuan pakar psikiatri, selain menyiasat sebab suspek tinggal bersama ibu dan adik-beradiknya walaupun sudah berkahwin," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.