Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia50'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil47Najib pending homecoming cut short; court rejects bid to stay 1MDB prison sentence44General : Johor JPJ To Meet P-hailing Operators Over Repeat Rider Offences44Pendatang Pakistan paling ramai ditahan JPJ, tiada lesen dan cukai jalan44Pemandu teksi antara penyokong paling setia ketika Reformasi 1998 - PM Anwar43General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina40NAK JADI KETUA MENTERI MELAKA WANITA PERTAMA!40'Dulu semasa pembangkang, kita 'terpaling' suruh kerajaan jadi adil'39World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda37RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202736Man gets over 8 years’ prison for forcing 3-year-old to eat faeces
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Berjaya turun berat badan, Dynas elak guna jalan pintas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:55 MYTLatest activity 14 Oct, 13:55BMconfidence 60%

What happened

Berjaya turun berat badan, Dynas elak guna jalan pintas (Harian Metro, 13:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Berjaya turun berat badan, Dynas elak guna jalan pintas

By Puteri Alia Zanaruddin · 14 Oct, 13:55 MYT

puterialia@hmetro.com

Gombak : Pelakon, Dynas Mokhtar, 43, memilih untuk tidak mengambil jalan pintas dalam menurunkan berat badannya daripada 78 kilogram (kg) kepada 60 kg.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, berkata, keputusan untuk mendapatkan berat badan ideal itu tercetus selepas dia melihat penampilannya sendiri menerusi musim pertama drama bersiri Dorm 403.

"Bila saya berlakon dalam musim pertama Dorm 403, saya tengok di televisyen (TV), saya rasa semua syot saya tak cantik. Jadi, dari situ bila saya tengok balik dalam TV, tak bolehlah.

"Selepas itu, bila saya mula main pickleball, buku lali saya sakit. Dulu semasa saya kecil, buku lali saya pernah patah, ketika itu saya 10 atau sembilan tahun.

"Cuma, bila saya berisi itu, dia 'trigger' balik buku lali saya. Jadi, bila saya main pickleball, saya rasa macam tidak boleh (main) lama-lama, buku lali saya akan sakit balik. Jadi, saya fikir saya perlu lakukan sesuatu," katanya ketika ditemui pada sesi penggambaran drama TV3, Dorm 403 musim kedua di UniKL BMI di sini, semalam.

Berkongsi mengenai kaedah penurunan berat badan itu, Dynas menegaskan dia mengambil masa selama setahun dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten.

"Jadi Dr Farah yang periksa, saya punya boleh makan apa dan saya tidak boleh makan apa. Jadi, saya buat 'intermittent fasting' tetapi ambil masa setahun juga. Lepas puasa tahun lepas, berat badan saya turun mendadak sampai orang ingat saya sakit.

"Tapi berat badan saya turun sikit-sikit sebenarnya, tidaklah mendadak pun, cuma ambil masa satu tahun juga," katanya.

Menjawab mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyangka dirinya berdepan masalah kesihatan akibat penurunan berat badan, Dynas menangani tanggapan itu dengan tenang.

Katanya, perubahan berat badan itu berlaku secara beransur-ansur sepanjang tempoh setahun, namun tanggapan itu timbul kerana ada kenalan lama yang jarang bersua muka.

Dalam pada itu, Dynas turut mendedahkan meskipun dia pernah mencuba kaedah pantas untuk menurunkan berat badan, namun dia terpaksa melupakan niat berkenaan kerana faktor kesihatannya berikutan masalah tekanan darah rendah.

"Saya kalau boleh nak elakkan benda-benda yang macam melalui jalan pintas sebab saya tidak boleh, saya ada tekanan darah yang rendah. Saya pernah cuba, bukannya tidak pernah. Tetapi saya masuk hospital seminggu sebab tekanan darah saya sangat rendah.

"Jadi, bila saya jumpa doktor, saya cakap dengan doktor, saya tidak mahu buat jalan pintas, saya minta doktor untuk cadangkan sesuatu yang sesuai untuk saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dynas bakal membintangi drama bersiri Dorm 403 musim kedua arahan Raja Mukhriz yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Drama berkenaan turut menampilkan pelakon seperti Imranul Effendy, Zairi Azi, Puteri Aleeya Antasha dan Mia Sara Shauki.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:42 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 13:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.