
Bersatu rep gets show-cause notice for attending Umno AGM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Nurul Syazwani Noh berkata kehadirannya ke Perhimpunan Agung Umno 2026, bulan lalu, atas kapasiti peribadi. (Free Malaysia Today, 12:30)
Read the reporting
1 report
Syazwani dedah terima surat tunjuk sebab Bersatu selepas hadir PAU
Nurul Syazwani Noh berkata kehadirannya ke Perhimpunan Agung Umno 2026, bulan lalu, atas kapasiti peribadi.
PETALING JAYA: Adun Permatang Nurul Syazwani Noh mendedahkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Bersatu berhubung kehadirannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, 11 Sept lalu.
Menurut Syazwani, surat itu mengaitkan kehadirannya pada perhimpunan berkenaan dengan dakwaan melanggar etika dan tatakelakuan parti, termasuk tidak memelihara nama baik serta maruah Bersatu.
Syazwani yang juga ketua Bersatu Tanjong Karang berkata beliau sudah menjawab surat berkenaan dengan menjelaskan bahawa kehadirannya ke PAU adalah atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai wakil parti.
“Saya pergi atas kapasiti peribadi, bukannya sebagai Adun Bersatu, delegasi atau mewakili Perikatan Nasional (PN). Saya hadir kerana menerima jemputan,” katanya dalam temu bual FMT.
Beliau berkata kini sedang menunggu keputusan berhubung surat tunjuk sebab itu.
Syazwani bagaimanapun tidak melihat kehadirannya ke PAU sebagai pelanggaran tatakelakuan kerana menurutnya, Bersatu tidak pernah mengeluarkan pekeliling yang melarang ahlinya menghadiri program anjuran parti politik lain.
Beliau turut merujuk keputusan Biro Politik Bersatu sebelum ini yang membenarkan Adun parti itu di Pahang memberikan sokongan kepada menteri besar daripada Umno, Ogos lalu.
Mereka adalah Adun Kuala Sentul Jasri Jamaluddin dan Adun Lepar Yazid Yunus.
“Jika sokongan politik sedemikian boleh diputuskan dan dibenarkan oleh parti, maka perlu dijelaskan bagaimana kehadiran saya ke PAU atas jemputan dan dalam kapasiti peribadi boleh dengan sendirinya dianggap mencemarkan nama baik atau maruah Bersatu,” katanya.
Syazwani turut mendakwa surat berkenaan mengandungi kesilapan fakta apabila menyatakan beliau sebagai ketua Bersatu Permatang sedangkan jawatannya adalah ketua Bersatu Tanjong Karang.
Beliau berkata sebarang tindakan disiplin perlu dilaksanakan mengikut perlembagaan dan prosedur parti, termasuk memaklumkan dengan jelas peruntukan yang didakwa telah dilanggar.
“Bagi saya, dalam apa-apa prosiding disiplin, seseorang ahli berhak mengetahui dengan jelas dan tepat apakah peruntukan yang dikatakan telah dilanggar serta apakah perbuatan tertentu yang membentuk kesalahan tersebut.
“Ini soal proses yang adil dan pematuhan kepada perlembagaan parti,” katanya.
Ditanya mengenai haluan politiknya, Syazwani berkata beliau belum menentukan “rumah perjuangan” seterusnya dan buat masa ini masih kekal sebagai ahli Bersatu.
Katanya, beliau juga mahu menghormati mandat yang diberikan pengundi kepadanya sebagai Adun Permatang.
“Saya menghormati mandat rakyat yang diberikan kepada saya sebagai Adun Permatang dan apa-apa keputusan mengenai masa depan politik saya hanya akan dibuat selepas pembubaran DUN Selangor,” katanya.
Pada 11 Sept lalu, Syazwani mencuri perhatian apabila hadir ke PAU dengan mengenakan pakaian menyerupai seragam Wanita Umno.
Kehadirannya berlaku ketika Umno giat mengetengahkan gagasan Rumah Bangsa yang antara lain bertujuan menyatukan orang Melayu serta membuka ruang kepada bekas ahli untuk kembali menyertai parti itu.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.