
Bantuan khas RM1,000: APAD minta pemilik, pengusaha bas sekolah kemas kini maklumat pemandu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengusaha bas sekolah di diminta mengemas kini maklumat pemandu masing-masing menerusi portal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bermula hari ini hingga 30 Oktober. (Berita Harian, 12:35)
Read the reporting
1 report
Bantuan khas RM1,000: APAD minta pemilik, pengusaha bas sekolah kemas kini maklumat pemandu
KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengusaha bas sekolah di diminta mengemas kini maklumat pemandu masing-masing menerusi portal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bermula hari ini hingga 30 Oktober.
Ia bagi melancarkan penyaluran Bantuan Khas Kewangan RM1,000.
APAD dalam kenyataan hari ini, memaklumkan agihan bantuan itu akan dilaksanakan secara berfasa mulai 22 Oktober ini, selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya ia diselesaikan sebelum sambutan Deepavali tahun ini.
Katanya, beberapa langkah dipersetujui menerusi libat urus dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia serta Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kuala Lumpur dan Selangor bagi memastikan proses semakan kelayakan serta pembayaran berjalan teratur dan lancar.
"Antara langkah akan dilaksanakan ialah semakan dan pengesahan semula data pemandu bas sekolah dalam pangkalan data APAD, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Ia termasuk status kesahan lesen memandu dan lesen vokasional (PSV) bagi memastikan maklumat penerima memenuhi syarat kelayakan ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat lalu mengumumkan pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan kewangan 'one-off' RM1,000 susulan hasil jualan siri nombor plat khas 'H'.
JPJ mengumpul RM91.2 juta menerusi siri 'H' yang dilelong secara dalam talian bermula 16 hingga 20 September lalu sempena sambutan Hari Malaysia.
Menurut APAD, pemilik dan pengusaha bas sekolah perlu memastikan maklumat pemandu lengkap dan terkini termasuk nama, alamat, nombor telefon, lesen memandu serta lesen PSV yang masih sah.
Mereka juga perlu mengemukakan nombor akaun bank pemandu bagi tujuan pembayaran bantuan berkenaan.
Kemas kini maklumat boleh dilakukan menerusi portal rasmi APAD di https:/bantuanpemandu.mot.gov.my/bas-sekolah.
Selain itu, APAD turut menggesa semua pemilik dan pengusaha bas sekolah mengambil tindakan segera dalam tempoh ditetapkan serta memastikan maklumat dikemukakan tepat dan lengkap bagi mempercepat proses pengesahan kelayakan.
"Kerjasama semua pihak penting bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada pemandu bas sekolah yang layak, selaras usaha kerajaan membantu golongan terbabit dalam sektor pengangkutan awam," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.