
BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BYD Malaysia managing director Jacob Ma said local assembly is an important part of the company’s long-term commitment to Malaysia. (EPA Images pic) KUALA LUMPUR: BYD Malaysia Sdn Bhd has appointed Inokom Corporation Sdn Bhd, a Sime Motors subsidiary based in Kulim, Kedah, as its local assembly partner for completely knocked-down vehicles. (Free Malaysia Today, 11:33)
Read the reporting
4 reports
BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia
KUALA LUMPUR: BYD Malaysia melantik Inokom Corporation Sdn Bhd, anak syarikat Sime Motors yang berpangkalan di Kulim, Kedah, sebagai rakan pemasangan tempatan bagi merealisasikan perancangan pemasangan kenderaan elektrik (EV) menggunakan kaedah 'completely knocked-down' (CKD) di Malaysia.
Pelantikan itu diumumkan hari ini susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu pejabat global BYD di Shenzhen, China, sekali gus menjadi langkah penting dalam strategi pengembangan operasi syarikat itu di pasaran tempatan.
BYD Malaysia berkata pemilihan Inokom dibuat selepas mengambil kira penilaian terhadap pasaran tempatan serta keupayaan pengeluaran syarikat berkenaan, termasuk pengalaman pemasangan kenderaan, tenaga kerja mahir dan prasarana sedia ada.
Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, berkata pemasangan tempatan mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap Malaysia, selain membolehkan kepakaran dalam teknologi kenderaan tenaga baharu dan bateri dibawa lebih dekat kepada pengguna.
"Pemasangan tempatan merupakan sebahagian penting daripada komitmen jangka panjang BYD terhadap Malaysia. Kerjasama dengan Sime untuk menjalankan pemasangan di Inokom membolehkan kami memanfaatkan keupayaan pembuatan automotif sedia ada dalam meneruskan perancangan pemasangan tempatan," katanya.
Beliau berkata, kerjasama itu turut menjadi sebahagian daripada perkembangan BYD di Malaysia bersama BYD Sime Motors, selain membuka ruang untuk memperkukuh kehadiran tempatan dan meneroka peluang meningkatkan pelaburan menerusi kerjasama dengan rakan industri.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata keputusan BYD memilih Sime membuktikan kekuatan industri pembuatan automotif Malaysia serta kepakaran yang dibangunkan syarikat itu selama ini.
"Pengalaman kami dalam pemasangan kenderaan, disokong oleh tenaga kerja berpengalaman dan rangkaian pembekal tempatan yang mantap, menyediakan asas yang kukuh bagi kerjasama ini," katanya.
Beliau berkata, kerjasama itu berpotensi memperkukuh ekosistem automotif negara, menyokong perniagaan tempatan dan membangunkan kepakaran yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang industri berkenaan.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Naib Presiden BYD merangkap Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD Asia Pasifik, Liu Xueliang, dan Jeffri, dengan disaksikan wakil kedua-dua pihak termasuk Ma serta Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan.
BYD Malaysia berkata, kerjasama itu akan memanfaatkan keupayaan pembuatan sedia ada di Malaysia bagi menyokong perancangan pemasangan kenderaan tempatan, manakala maklumat lanjut mengenai program berkenaan akan diumumkan kemudian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
- Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 3 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- First mainstream coverage by Free Malaysia Today at 11:33, 61 min after first detection
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Paul Tan's Automotive News) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (Berita Harian) source
- NewsFirst news outlet reports it (Berita Harian) source
- StateRising
3 sources, growth +100%, z 1.8
- StateAccelerating
growth +200% with positive acceleration
Where it started
How it spread
- Step 1NewsPaul Tan's Automotive News10:33
- Step 2News outletsFree Malaysia Today11:33 · +61 min
Internet reaction
- BYD Malaysia picks Sime Motors’ Inokom as CKD partneru/Gerard Lye · Paul Tan's Automotive News · 10:33 · EN
- BYD confirms Inokom as local CKD assembly partner in Malaysiau/Chief Chapree · SoyaCincau · 11:39 · EN
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.