Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM45General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris45General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid43General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar41Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar39Belanjawan 2027: Pelepasan cukai M40 dijangka diperluas
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

BKN 2026 perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko bencana

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 09:31 MYTLatest activity 11 Oct, 09:31BMconfidence 60%

What happened

Penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 pada 10 dan 11 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak menjadi platform penting bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan persediaan menghadapi risiko bencana mahupun kecemasan.Membawa tema ’Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama’, program yang dijadual berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu menghimpunkan ’tulang belakang’ daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawah satu operasi bersepadu khas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Operasi) Nadma, (Sinar Harian, 09:31)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·4 min read

BKN 2026 perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko bencana

By AISYAH BASARUDDIN · 11 Oct, 09:31 MYT

Penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 pada 10 dan 11 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak menjadi platform penting bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan persediaan menghadapi risiko bencana mahupun kecemasan.Membawa tema ’Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama’, program yang dijadual berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu menghimpunkan ’tulang belakang’ daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawah satu operasi bersepadu khas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Operasi) Nadma, Datuk Zainal Azman Abu Seman berkata, BKN 2026 bukan hanya memfokuskan tindakan ketika bencana berlaku, tetapi juga menekankan kepentingan persediaan awal, pengetahuan asas serta keupayaan masyarakat untuk bertindak pantas dan efisien apabila berdepan situasi kecemasan.Pada hemat beliau, pendekatan tersebut penting memandangkan Malaysia sering kali berdepan ancaman bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran serta kejadian luar jangka."Nadma kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya yang mana peranan agensi khas ini mengkoordinasi dan mengoperasikan pengurusan bencana di peringkat pusat, negeri serta daerah. "Seperti semua sedia maklum, ia tercetus semasa tragedi ’Bah Kuning’ pada 2014 yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor."Memandangkan kita sudah berada pada hujung tahun dan berdepan musim Monsun Timur Laut, penganjuran BKN 2026 di Ipoh akan memberikan pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat tentang respons atau persediaan sebelum, semasa dan selepas bencana," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Setiap tahun BKN akan bukan hanya membariskan agensi teknikal dan tindak balas seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).Malahan, semua agensi termasuk pasukan khas seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), unit jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk badan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat dalam operasi penyelamatan itu.Dalam hubungan ini, tugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu juga diberi setinggi-tinggi penghargaan kerana menyediakan banyak bantuan kepada mangsa sebelum, semasa dan selepas bencana.Dokumen selamat ketika bencanaZainal Azman menambah, Nadma turut memainkan fungsinya menerusi program Community-Based Disaster Risk Management bagi memastikan aset-aset ketenteraan, penguatkuasaan, bantuan penyelamat serta pemusatan pengurusan bencana meliputi Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Menerusi BKN 2026, masyarakat bakal didedahkan dengan kaedah penyimpanan dokumen penting seperti kad pengenalan, surat beranak, sijil, geran dan sebagainya jika tempat tinggal terkena tempias bencana.Zainal Azman berpendapat, ia satu keperluan penting memandangkan tidak ramai yang cakna tentang kepentingan penyimpanan dokumen."Pada saya, orang awam perlu disediakan plastik kalis air untuk simpan dokumen mahupun barangan peribadi masing-masing dan saya harap ia boleh diedarkan semasa BKN 2026. Ia penting untuk dokumentasi semasa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) juga."Selain itu, masyarakat perlu didedahkan dengan amalan penyimpanan kit kecemasan, ubat-ubatan dan makanan dalam tin di setiap rumah. Perkara ini masih jauh untuk didoktrinasikan ke dalam pemikiran masyarakat."Tetapi dengan kempen pendidikan dan kesedaran berterusan, kita pasti boleh membentuk masyarakat yang bersedia menghadapi apa jua situasi luar jangka," ujar beliau yang juga Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merangkap Pengerusi Yayasan Pencegah Jenayah Negeri Perak.Pengagihan bantuan lebih sistematik, elak pertindihanDitanya tentang elemen penambahbaikan yang perlu dititikberatkan dalam penganjuran BKN 2026, Zainal Azman yang merupakan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu mengemukakan beberapa cadangan.Beliau berkata, pendekatan psikologi yang lebih terangkum mesti diperkasakan bagi membantu memulih dan mengurangkan pengalaman trauma mangsa pasca bencana selain keperluan menambah jumlah sukarelawan untuk terlibat secara langsung dalam operasi penyaluran bantuan khususnya di kawasan pedalaman."Sebagai contoh, sukarelawan contohnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dapat digerakkan secara lebih sistematik melalui arahan yang jelas dan penyelarasan yang berkesan. Ini sekali gus mengelakkan pertindihan bantuan, memandangkan ada kawasan menerima bantuan secara berlebihan, manakala kawasan lain pula masih terpinggir akibat faktor topografi dan tahap ketersampaian yang berbeza."Apa pun, saya percaya Nadma telah melaksanakan pelbagai program kesedaran bagi meningkatkan kesiapsiagaan awal menghadapi bencana. Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu memperkukuh pengetahuan dan kemahiran serta membuat persediaan rapi agar lebih bersedia menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini."Dengan jumlah penduduk yang 34 juta, capaian dibuat oleh Nadma perlu tambah baik dari semasa ke semasa di samping memberi tumpuan terhadap lokasi pedalaman khususnya di negeri Sabah dan Sarawak," kata Zainal Azman.BKN 2026 perlu jadi pemangkin budaya kesiapsiagaanSementara itu, mantan Ketua Pegawai Pelaksanaan Operasi Nadma, Kolonel (B) Dr Mohd Sakri Hussin berkata, BKN 2026 perlu menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kesiapsiagaan sepanjang tahun dengan kejayaannya diukur berdasarkan keupayaan agensi dan rakyat bertindak ketika berdepan bencana.Menurut beliau, penganjuran BKN 2026 bersama Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh merupakan platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara agensi serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan risiko bencana."Strategi keselamatan perlu bermula sebelum bencana berlaku melalui usaha mengenal pasti kawasan berisiko, menyediakan laluan pemindahan, memastikan pusat pemindahan sentiasa bersedia serta menjamin kelangsungan bekalan air, elektrik, komunikasi dan perkhidmatan kesihatan."Selain itu, penyelarasan antara agensi perlu diuji menerusi latihan berasaskan senario sebenar bagi memastikan setiap pihak memahami peranan masing-masing ketika kecemasan," katanya.Mohd Sakri turut menegaskan rakyat perlu dibekalkan kemahiran praktikal seperti latihan pemindahan, pertolongan cemas dan penyediaan kit kecemasan, di samping komunikasi kerajaan yang jelas dan mudah difahami."Kesedaran hanya bermakna apabila rakyat tahu apa yang perlu dilakukan untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti. BKN 2026 perlu menjadi pemangkin kepada budaya kesiapsiagaan yang berterusan, bukan sekadar program tahunan," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow10:0011:0012:0013:00
Latest 13:29 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
11 Oct, 09:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

BKN 2026 perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko bencana · Malaysian Attention Engine