
Black Hanifah gegar Kedah dengan showcase eksklusif
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ALOR SETAR – Peminat muzik di wilayah utara tanah air bakal disajikan dengan pengalaman berbeza menerusi showcase eksklusif Nyawa by Black Hanifah yang dijadualkan berlangsung di Grand Alora Hotel, Kedah, November ini. (Kosmo!, 14:24)
Read the reporting
1 report
Black Hanifah gegar Kedah dengan showcase eksklusif
ALOR SETAR – Peminat muzik di wilayah utara tanah air bakal disajikan dengan pengalaman berbeza menerusi showcase eksklusif Nyawa by Black Hanifah yang dijadualkan berlangsung di Grand Alora Hotel, Kedah, November ini.
Mengangkat tema Nyawa – Bukan Sekadar Hiburan, Tetapi Kisah Kehidupan , persembahan berkonsep intim itu bakal membawa penonton menyelami perjalanan seni penyanyi Black Hanifah menerusi deretan karya yang mencorakkan kariernya dalam industri muzik tempatan.
Selepas penganjuran di lokasi pertama mendapat sambutan, Kedah dipilih sebagai destinasi kedua bagi siri showcase berkenaan, sekali gus menjadi penghargaan kepada peminat di wilayah utara yang sentiasa menyokong perjalanan seni penyanyi itu.
Pemilihan Kedah juga bertujuan mengangkat bakat anak jati negeri berkenaan yang berjaya mencipta nama dalam industri hiburan, selain memperkenalkan konsep Nyawa kepada khalayak lebih luas sebelum siri jelajah itu diteruskan ke lokasi lain di seluruh negara.
Berbeza dengan konsert berskala besar, Nyawa by Black Hanifah mengetengahkan konsep persembahan eksklusif dengan kapasiti penonton terhad bagi mewujudkan suasana lebih dekat antara penyanyi dan peminat.
Menerusi pendekatan itu, penonton berpeluang menghayati setiap bait lirik dengan lebih mendalam, selain mendengar perkongsian mengenai pengalaman, cabaran dan jatuh bangun perjalanan seni Black Hanifah.
Showcase berkenaan turut menjadi platform buat penyanyi itu memperkenalkan karya terbaharunya secara eksklusif kepada peminat, sekali gus menawarkan pengalaman muzik yang bukan sekadar berteraskan hiburan, tetapi turut menyentuh emosi.
Selain meraikan seni muzik, penganjuran acara itu turut membawa misi lebih besar dalam merancakkan sektor pelancongan, hiburan dan ekonomi setempat.
Antara objektif yang digariskan penganjur termasuk mengetengahkan bakat tempatan di pentas lebih berprestij, memperkukuh pelancongan berasaskan acara serta menyediakan platform hiburan berkualiti kepada masyarakat.
Penganjuran itu juga dijangka membuka peluang ekonomi kepada komuniti sekitar lokasi acara, di samping menggalakkan kerjasama strategik antara sektor korporat dengan pemain industri kreatif.
Showcase berkenaan menyasarkan kehadiran lebih 800 penonton berusia antara 18 hingga 45 tahun, merangkumi peminat setia Black Hanifah, golongan belia, profesional muda, pengamal media, selebriti, pempengaruh serta tokoh korporat dan kenamaan negeri.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jualan tiket Nyawa by Black Hanifah , orang ramai boleh melayari https://www.ilassotickets.com/nyawa2byblackhanifah .
The post Black Hanifah gegar Kedah dengan showcase eksklusif appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!14:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.