Malaysian Attention Engine
Live wire
54PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan50Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching45General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems45Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander43IMF says AI investment keeps global growth around 3%37Business : IOIPG Malaysia REIT Signs Underwriting Agreement For Main Market IPO37Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan37General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad36Ibu tunggal didakwa benarkan anak dianiayai secara seksual36Business : Global Economy To Decelerate To 3.1 Pct In 2026 Before Recovering To 3.4 Pct In 2027 - IMF35Melayu kahwin dengan warga asing Islam boleh daftar anak sebagai Melayu, kata Saifuddin35Anak sebak diundang wakili Allahyarham Jalil Hamid tercalon di ASA 2026
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

BN diramal mampu tambah kerusi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 11:35 MYTLatest activity 13 Oct, 11:35BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

BN diramal mampu tambah kerusi

By Suzalina Halid · 13 Oct, 11:35 MYT

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) diramalkan tidak hanya sekadar mempertahankan status quo 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya berupaya menambah sehingga tiga atau empat kerusi tambahan di negeri itu.

Penganalisis politik serta Profesor Adjung Universiti Taylor's, Dr Ong Kian Ming, berkata berdasarkan sentimen dan 'mood' gelombang biru, BN boleh merampas sekurang-kurangnya satu atau dua kerusi daripada Pakatan Harapan (PH) di Melaka.

Beliau yang juga bekas strategis DAP berkata, ia termasuklah kerusi DUN Bukit Katil yang sebelum ini disandang AMANAH dan Ayer Keroh oleh DAP.

Katanya, walaupun dalam PRN lalu, calon DAP hanya tewas dengan majoriti 200 undi kepada wakil BN di DUN Duyong, parti itu dilihatnya tidak berupaya merampas kembali kerusi terbabit kali ini.

"Ada kemungkinan BN boleh naik daripada 21 kepada 24 atau 25 kerusi kerana saya berasakan BN akan bekerjasama dengan PAS.

"Saya rasa tidak semua lima kerusi PH akan dirampas BN, tetapi mungkin satu dua kerusi akan kalah... kerusi disandang Adly Zahari (Bukit Katil) dan juga mungkin kerusi Ayer Keroh.

"Saya berasakan dua kerusi ini berada di dalam keadaan amat bahaya untuk PH," katanya dalam temu bual bersama BH di sini, semalam.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka Ke-16.

BN miliki kelebihan

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dilaporkan berkata hari penamaan calon ditetapkan 31 Oktober, manakala mengundi awal pada 10 November.

Pada masa sama, Kian Ming yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau melihat BN mempunyai kelebihan di Melaka berikutan PH tidak mempunyai naratif yang konsisten khususnya dalam pendekatan kerjasama dengan gabungan lain.

"PKR dan AMANAH kata hendak terus bekerjasama dengan BN, tetapi DAP kata tidak mahu... ini akan menyebabkan pengundi keliru.

"DAP dalam masa sama dengan cara yang lebih tegas menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sebarang usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka merangkap Timbalan Pengerusi PH negeri, Khoo Poay Tiong, dilaporkan PH Melaka dengan pendirian untuk bertanding solo pada PRN ke-16 tanpa kerjasama dengan BERSATU atau gabungan lain.

Namun, kenyataan itu dibidas Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim, yang dilaporkan berkata belum ada keputusan muktamad mengenai bentuk kerjasama pilihan raya.

Pada PRN Melaka nanti, DAP menetapkan mahu bertanding di lapan kerusi DUN daripada keseluruhan 28, termasuk empat kerusi sedia ada antaranya di Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Duyong dan Bemban.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

BN diramal mampu tambah kerusi
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.