
Anak sebak diundang wakili Allahyarham Jalil Hamid tercalon di ASA 2026
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Anak sebak diundang wakili Allahyarham Jalil Hamid tercalon di ASA 2026 (Google News Malaysia (BM), 17:54)
Read the reporting
1 report
Sebak wakili bapa di ASA 2026 - anak arwah Jalil Hamid
puterialia@hmetro.com
Kuala Lumpur: Anak Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil meluahkan rasa sebak apabila bakal mewakili arwah bapanya menjelang malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 pada 24 Oktober depan.
Afiqah, 33, berkata dia antara individu yang sentiasa menyokong arwah bapanya dan turut gembira setiap kali arwah bapanya itu meraih kemenangan.
"Menjadi anak perempuan yang sentiasa menyokong ayah, bersorak gembira dan meraikan setiap kali ayah menang, serta menangis dalam doa setiap kali ayah tidak menang.
"Kini, saya menjadi individu yang mewakilinya pada pencalonan terakhir di Anugerah Seri Angkasa," tulisnya di Instagram.
Menurut Afiqah, dia mengakui tidak dapat dibandingkan dengan arwah bapanya yang sudah mencurahkan bakti hampir 47 tahun di dalam industri seni tanah air.
"Saya bukan siapa-siapa dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan curahan usaha keras serta penat lelah arwah Ayah selama hampir 47 tahun di dalam industri ini.
"Tetapi saya adalah anak perempuan ayah dan saya pasti akan berada di sana.
"Saya akan hadir ke Anugerah Seri Angkasa mewakili ayah, membawa nama ayah, serta menyimpannya erat di dalam hati. Demi ayah, selama-lamanya," luahnya.
Terdahulu, Allahyarham Jalil tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik dua naskhah berbeza iaitu Kalam Murabbi dan Pimpinan Ke Jannah.
Dalam kategori yang sama, turut menyaksikan Azhan Rani yang tercalon menerusi naskhah Seribu Tahun dan Wok serta Zamarul Hisham dalam naskhah Terpadamnya Pelita Syawal
Malam kemuncak ASA 2026 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Allahyarham Jalil dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Taman Alam Megah pada 4 Mei lalu dan meninggalkan seorang balu, Hayati Sariat, 62 serta enam cahaya mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)17:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.