
Bola sepak Itali terus dirundung 'malang'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Rome: Bola sepak Itali terus berdepan detik hitam apabila keempat-empat wakil Serie A dalam Liga Juara-Juara tumbang pada minggu yang sama buat kali pertama dalam sejarah, sekali gus menambah tekanan terhadap reputasi bola sepak negara itu di pentas Eropah. (Harian Metro, 23:42)
Read the reporting
1 report
Bola sepak Itali terus dirundung 'malang'
Rome: Bola sepak Itali terus berdepan detik hitam apabila keempat-empat wakil Serie A dalam Liga Juara-Juara tumbang pada minggu yang sama buat kali pertama dalam sejarah, sekali gus menambah tekanan terhadap reputasi bola sepak negara itu di pentas Eropah.
Lebih mengecewakan, keputusan buruk itu hadir ketika Itali masih bergelut menerima hakikat kegagalan skuad kebangsaan melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.
Roma menjadi antara pasukan yang paling terkesan apabila melepaskan peluang mencipta kemenangan bersejarah di laman sendiri sebelum tewas 3-4 kepada Real Madrid di Stadio Olimpico, Rabu lalu.
Skuad kendalian Gian Piero Gasperini itu pada mulanya berada di landasan tepat untuk meraih kemenangan apabila mendahului 3-1, namun melepaskan tiga gol dalam tujuh minit terakhir sehingga terpaksa menelan kekalahan pahit.
"Kami berubah daripada saat yang penuh kegembiraan kepada kekecewaan mendalam," kata Gasperini.
Inter Milan turut mengalami nasib sama apabila tewas 3-4 kepada Club Brugge di San Siro, dengan penyerang berbakat Nicolo Tresoldi mencuri tumpuan menerusi hatriknya.
Kekalahan itu amat mengecewakan buat Inter yang pernah muncul naib juara Liga Juara-Juara pada 2023 dan 2025.
Sementara itu, Como yang membuat penampilan sulung dalam aksi Liga Juara-Juara di tempat lawan turut gagal memanfaatkan kelebihan awal sebelum tewas 2-3 kepada Feyenoord di Rotterdam.
Napoli juga tidak terkecuali apabila gagal mempertahankan jaringan pendahuluan sebelum tewas 1-3 kepada Villarreal di Sepanyol.
Lebih membimbangkan, Roma, Como dan Napoli semuanya pernah mendahului perlawanan masing-masing, namun gagal mempertahankan kelebihan itu sehingga tamat permainan.
Situasi berkenaan mencetuskan persoalan mengenai kekuatan pertahanan kelab Itali yang selama ini terkenal dengan disiplin taktikal dan kebolehan mengekalkan kelebihan jaringan.
Bekas pengendali AC Milan dan Real Madrid, Fabio Capello turut mempersoalkan kemerosotan aspek pertahanan bola sepak Itali.
"Adakah mereka sudah lupa bagaimana hendak bertahan dalam bola sepak Itali?" katanya.
Pengendali Napoli, Massimiliano Allegri pula berpendapat pasukan Itali perlu kembali memberikan perhatian lebih besar terhadap disiplin pertahanan dan kesabaran ketika berdepan lawan di pentas Eropah.
"Mengetahui cara bertahan seolah-olah sudah menjadi sesuatu yang memalukan.
"Dalam Liga Juara-Juara, lawan jarang melakukan kesilapan. Kita perlu bersabar dan sentiasa fokus terhadap bola. Jumlah gol yang dibolosi ini jelas menunjukkan perhatian lebih besar diperlukan dalam aspek pertahanan," katanya.
Prestasi Inter juga semakin membimbangkan apabila juara bertahan Serie A itu tewas tujuh daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam Liga Juara-Juara.
Keputusan buruk itu sekali lagi menghidupkan perdebatan mengenai tahap persaingan Serie A, meskipun kelab-kelab Itali berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan menjelang musim ini.
Namun, kemampuan kewangan mereka masih jauh ketinggalan berbanding kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juara bertahan Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain (PSG).
Berbeza dengan era kegemilangan pada 1990-an ketika kelab Itali sering memecahkan rekod perpindahan dunia, Serie A kini semakin sukar menarik pemain terbaik dari luar negara.
Kemerosotan itu turut dapat dilihat menerusi pencapaian di pentas Eropah apabila tiada satu pun daripada empat wakil Itali musim lalu, Inter, Napoli, Juventus dan Atalanta berjaya melepasi pusingan 16 terakhir.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.