
Bremen bangkit ikat Dortmund 2-2
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
DORTMUND: Niclas Fullkrug menghantui bekas kelabnya, Borussia Dortmund, apabila Werder Bremen bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pendahulu Bundesliga itu 2-2, sekali gus menamatkan rekod kemenangan mereka pada musim ini. (Berita Harian, 06:46)
Read the reporting
1 report
Bremen bangkit ikat Dortmund 2-2
DORTMUND: Niclas Fullkrug menghantui bekas kelabnya, Borussia Dortmund, apabila Werder Bremen bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pendahulu Bundesliga itu 2-2, sekali gus menamatkan rekod kemenangan mereka pada musim ini.
Dortmund hampir meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan liga buat kali pertama sejak tahun 2015, sebelum melepaskan kelebihan dua gol dalam tempoh dua minit terakhir perlawanan.
Keputusan seri itu menyaksikan Dortmund mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan dan membuka jurang tiga mata di puncak liga berbanding Bayern Munich di tangga kedua, yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Keempat-empat gol dalam perlawanan itu hadir pada 10 minit terakhir. Daniel Svensson dan Nico Schlotterbeck meletakkan Dortmund di hadapan, namun Ludovit Reis dan Fullkrug memastikan Bremen pulang dengan satu mata.
Fabio Silva melakukan percubaan yang tidak sempurna, tetapi bola jatuh tepat kepada Svensson untuk meledak gol dari jarak kira-kira sembilan meter pada minit ke-80.
Schlotterbeck sebelum itu menarik diri daripada skuad Jerman akibat kecederaan menjelang rehat antarabangsa. Justeru, kehadirannya dalam kesebelasan utama Dortmund menjadi kejutan.
Namun, pertahanan itu membuktikan kemampuannya apabila menanduk masuk hantaran Joey Veerman daripada sepakan sudut untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Dortmund kelihatan selesa untuk meraih kemenangan, tetapi rembatan rendah Reis dari luar kotak penalti merapatkan jurang sebelum Fullkrug menyamakan kedudukan menerusi kebangkitan mengejut Bremen.
Pengendali Dortmund, Niko Kovac, pasti kecewa dengan kegagalan pasukannya mempertahankan kelebihan itu pada penghujung perlawanan.
Jika mahu mencabar Bayern bagi merebut kejuaraan musim ini, Dortmund tidak boleh terus kehilangan mata di laman sendiri dengan cara sedemikian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian06:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.