
Bukan kerana tanah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Malaysia mengimport makanan bernilai RM93.8 bilion pada 2024, meningkat 19.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, malah sebagai contoh tahap sara diri (SSR) bagi cili pun hanya 35.8 peratus. (Harian Metro, 07:05)
Read the reporting
1 report
Bukan kerana tanah
Malaysia mengimport makanan bernilai RM93.8 bilion pada 2024, meningkat 19.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, malah sebagai contoh tahap sara diri (SSR) bagi cili pun hanya 35.8 peratus.
Persoalannya, mengapa negara masih bergantung kepada import sedangkan mempunyai iklim tropika dan pengalaman panjang dalam sektor pertanian?
Pakar Kesihatan Tanah, DR SUZIE HARYANTI HUSAIN berpandangan, cabaran itu bukan sekadar berkaitan kesuburan tanah, sebaliknya membabitkan sistem pengeluaran, pengurusan ladang dan pasaran. Ikuti kupasan beliau dalam Kafe Ahad bersama wartawan AMIR ABD HAMID minggu ini.
Bagaimana Dr melihat kebergantungan Malaysia kepada import makanan dan sejauh mana kesuburan tanah menjadi faktor kepada keadaan ini?
Kita perlu melihat isu ini secara menyeluruh dan tidak terus menyalahkan tanah. Malaysia bukan lemah dalam semua sektor pertanian kerana kita sudah membina industri komoditi bertaraf dunia. Namun, bagi sebahagian pengeluaran makanan domestik, kita masih berdepan jurang hasil, kos pengeluaran, konsistensi bekalan dan masalah pasaran. Ini menunjukkan cabarannya berkaitan sistem, bukan satu faktor sahaja.
Thailand, misalnya, merekodkan eksport produk pertanian dan agroindustri sekitar AS$52.2 bilion (kira-kira RM221 bilion) pada 2024. Apa yang perlu kita pelajari bukanlah anggapan bahawa tanah Thailand lebih subur, tetapi bagaimana mereka menghubungkan pengeluaran dengan pemprosesan, pembeli dan eksport. Tanah yang baik tanpa sistem pasaran masih boleh menyebabkan petani mengalami kerugian.
Apakah pula salah faham mengenai kesuburan tanah yang sering berlaku dan bagaimana ia boleh menjejaskan hasil tanaman?
Antara salah faham yang masih kuat ialah menganggap kesuburan tanah bergantung kepada banyaknya baja yang diberikan. Dalam kerja lapangan, saya kerap menemui pokok yang kelihatan seperti kekurangan baja, sedangkan masalah sebenar mungkin berpunca daripada tanah mampat, akar yang tumbuh terlalu cetek atau air bertakung.
Jika masalah itu tidak dibetulkan dan baja terus ditambah, kita hanya meningkatkan kos tanpa memastikan tanaman dapat menggunakan input berkenaan dengan cekap. Tanah yang berfungsi baik bukan sekadar mempunyai nitrogen, fosforus dan kalium, tetapi turut memerlukan struktur yang sesuai, udara, air, pH yang seimbang serta persekitaran biologi yang menyokong pertumbuhan akar. Sebab itu, diagnosis perlu mendahului tindakan. Kita perlu memeriksa akar, pergerakan air dan keadaan tanah sebelum menentukan intervensi yang diperlukan.
Sejauh mana kesihatan tanah dan keadaan akar mempengaruhi produktiviti tanaman?
Kesihatan tanah sangat penting, tetapi bukan satu-satunya penentu hasil. Kajian global dalam jurnal Nature Food pada 2025 mendapati kesihatan tanah menyumbang kira-kira 12 peratus variasi pengeluaran tanaman dan 22 peratus variasi kecekapan penggunaan nitrogen, manakala faktor pengurusan menterjemahkan sekitar 70 peratus variasi hasil.
Dapatan itu tidak boleh dianggap sebagai formula tetap bagi setiap ladang, tetapi menunjukkan bahawa pengurusan turut memainkan peranan besar. Walaupun tanah berada dalam keadaan baik, hasil tetap boleh terjejas jika varieti, bekalan air atau kawalan penyakit tidak diurus dengan berkesan.
Akar juga sering diabaikan kerana tidak kelihatan. Meta-analisis dalam jurnal Field Crops Research pada 2024 yang merangkumi 1,760 pemerhatian daripada 101 kajian mendapati pengasidan tanah dikaitkan secara purata dengan pengurangan hasil 13.7 peratus dan panjang akar 25.4 peratus. Daun mungkin menunjukkan simptom, tetapi akar sering memberikan petunjuk mengenai mekanisme sebenar yang menjejaskan tanaman.
Apakah perubahan pendekatan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan hasil pertanian negara?
Malaysia perlu beralih daripada pertanian yang terlalu berorientasikan produk kepada pertanian berasaskan diagnosis. Di peringkat ladang, keputusan perlu bermula dengan data asas berkaitan tanah, akar, air, nutrien dan hasil. Pada peringkat negara pula, kawasan pengeluaran strategik perlu dikenal pasti berdasarkan faktor yang mengehadkan hasil, bukan sekadar jenis tanah.
Jika sesebuah kawasan menghasilkan empat tan sehektar sedangkan potensi realistiknya enam tan, kita perlu mengenal pasti punca kehilangan dua tan itu. Adakah masalah bekalan air, pH, pemadatan tanah, akar, varieti, perosak, pengurusan atau kehilangan selepas tuaian?
Selagi kita hanya mengetahui hasil rendah tanpa memahami puncanya, kita sebenarnya merawat angka, bukan sistem. Penilaian program pertanian juga perlu melihat hasil sehektar, kos pengeluaran sekilogram produk, kecekapan penggunaan baja dan air, margin bersih petani serta kestabilan hasil antara musim, bukan sekadar jumlah baja diagihkan atau keluasan ladang yang menyertai program.
Perlukah Malaysia mencapai 100 peratus tahap sara diri bagi semua jenis makanan untuk menjamin keselamatan makanan?
Tidak semestinya. Mencapai 100 peratus sara diri bagi setiap jenis makanan bukan satu-satunya ukuran keselamatan makanan. Sesetengah makanan lebih rasional diimport berdasarkan faktor agroekologi, skala pengeluaran atau kos.
Negara perlu memilih komoditi strategik berdasarkan kesesuaian iklim, permintaan, risiko gangguan bekalan luar dan potensi memperbaiki jurang hasil. Kita tidak perlu menanam semuanya, tetapi mesti mengenal pasti makanan yang bekalannya tidak boleh dibiarkan gagal.
Pada masa sama, setiap komoditi strategik memerlukan perancangan lengkap daripada diagnosis di ladang hingga kepada pembeli. Jika hasil petani meningkat 30 peratus tetapi harga jatuh 40 peratus akibat lambakan, peningkatan itu tidak boleh dianggap kejayaan. Produktiviti biologi mesti diterjemahkan kepada produktiviti ekonomi supaya petani turut memperoleh manfaat.
Apakah mesej utama Dr kepada pihak yang merangka dasar dan melaksanakan program pertanian?
Malaysia tidak kekurangan pengetahuan, tetapi cabarannya ialah memastikan sains, data dan pelaksanaan bergerak seiring. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada satu produk yang kononnya mampu menyelesaikan pelbagai masalah kerana realiti pertanian jarang semudah itu. Jika serius mahu meningkatkan hasil dan mengurangkan risiko import, kita perlu mengenal pasti faktor yang mengehadkan produktiviti setiap hektar, mengukur jurang hasil dan menentukan intervensi yang memberikan pulangan kepada petani.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.