Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim46Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44General : Sabah's RM18.7 Bln Budget 2027 Allocation Not Solely For Development - Masidi43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf4327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35General : RM30 Mln Boost For Residential Road Resurfacing In Perak - Nga35World : Egypt's Al-Sissi Says He Will Not Rule Beyond 203035KBS teliti pendekatan tuan rumah Aichi-Nagoya sedia kemudahan mesra OKU34Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB34Merokok ‘gerbang utama’ ke dadah34Jururawat maut, pacuan 4 roda dipandu terjunam 30 meter ke sungai
NewConfirmedupdated 1 h ago

Bukan penonton tidak hargai, tapi tidak dilatih tonton filem ‘biopik’ – Aziz M. Osman

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 17:30 MYTLatest activity 18 Oct, 17:30BMconfidence 80%

What happened

Filem biopik antara yang sering tidak mencatatkan kutipan yang tinggi di pawagam. Buktinya adalah filem Terbang merekodkan kutipan ‘tidak pulang modal’. Kebanyakan penonton tempatan seolah-olah tidak berani membelanjakan wang untuk menontonnya. Lebih tidak menyeronokkan apabila mereka sanggup menunggu jika filem bergenre itu ditayangkan di platform penstriman. (Utusan Malaysia, 17:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

Bukan penonton tidak hargai, tapi tidak dilatih tonton filem ‘biopik’ – Aziz M. Osman

By . AL FAIZAL ABDUL KARIM · 18 Oct, 17:30 MYT

Filem biopik antara yang sering tidak mencatatkan kutipan yang tinggi di pawagam. Buktinya adalah filem Terbang merekodkan kutipan ‘tidak pulang modal’. Kebanyakan penonton tempatan seolah-olah tidak berani membelanjakan wang untuk menontonnya. Lebih tidak menyeronokkan apabila mereka sanggup menunggu jika filem bergenre itu ditayangkan di platform penstriman.

Jangan salahkan rangka promosi dan strategi pemasaran kerana modal yang dibelanjakan, khususnya untuk filem Terbang, boleh tahan besarnya. Di manakah silapnya? Kita dapatkan pandangan pengarah berpengalaman, Aziz M. Osman.

Filem biopik kebiasaannya gagal menarik penonton, apa silapnya?

Filem ini seperti makanan. Sebagai contoh, bukan semua rakyat Malaysia yang boleh makan makanan Itali. Sama juga halnya dengan filem yang bukan semuanya tahu menghargai filem biopik. Mereka tidak diajar atau didedahkan untuk menghargai naskhah itu.

Adakah ini disebabkan penonton tidak menghargai menghargai filem biopik?

Saya tidak salahkan penonton. Bukannya mereka tidak menghargai naskhah biopik, tetapi mereka tidak dididik dari awal. Sebab itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kena cari formula untuk didik penonton terutamanya di universiti supaya mereka dapat menilai dengan baik filem genre.

Malangnya inisiatif itu tiada. Daripada kerajaan asyik memberi dana kepada penerbit untuk membuat filem, gunalah sedikit peruntukan untuk kaji kaedah bagaimana mendidik penonton menghargai filem biopik. Mungkin selepas ini, filem seperti Terbang pun boleh mengutip untung.

Apa perbezaan penonton sekarang dengan dahulu?

Pada era 70-an, Malaysia hanya ada satu stesen televisyen iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rancangannya terhad. Penonton tiada pilihan. Hanya menonton kandungan yang disajikan seperti filem dokumentari, tarian, budaya dan bermacam-macam lagi. Jadi, masyarakat zaman itu terlatih untuk hargai nilai sastera, budaya yang disajikan dalam drama dan filem.

Situasi sekarang berbeza. Sebilangan besar penonton memilih rancangan pilihan mereka. Inilah akibatnya apabila mereka tidak dilatih menonton rancangan biopik.

Jika berpeluang, kisah hidup siapa yang Aziz berminat untuk angkat dalam filem?

Saya tertarik untuk mengangkat kisah hidup bekas Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang bagi saya menarik untuk diceritakan. Tapi itulah, mungkin segelintir sahaja yang berminat tengok.

Betulkah Aziz sudah tidak mahu ke depan sebagai pengarah?

Betul. Bukannya saya tidak mahu mengarah filem, tapi penonton saya sudah tiada. Mereka lebih gemar duduk rumah tonton filem dalam Netflix. Kalau saya arah filem, kasihan pula kepada produser apabila filem itu tidak mendapat sambutan.

Selain itu, penghasilan filem bertambah mahal. Belanjanya paling rendah RM2 juta. Oleh itu, saya tidak mahu aniaya penerbit. Bukan kerana filem saya tidak bagus, tapi tidak boleh jual.

Enam Jilake tidak dapat sambutan di pawagam, tapi meriah di Netflix. Apa pandangan Aziz?

Ini membuktikan penonton saya tidak tengok filem di panggung wayang. Golongan Millenial dan Gen X lebih gemar menonton filem di platform digital. Mereka lebih rela tunggu filem itu keluar di Netflix. Saya juga tidak salahkan keadaan. Meskipun saya pengarah filem ini, pengedarnya adalah Primeworks. Ada baiknya jika mereka keluarkan Enam Jilake ini di Netflix. Sekurang-kurangnya adalah pulangan.

Saya gembira kerana akhirnya filem saya ditonton beramai-ramai di Netflix. Tapi mungkin produser sedikit kecewa kerana filem ini tidak berjaya menarik penonton di pawagam. Saya harap, pengarah macam saya diberi peluang mengarah filem untuk platform digital, seperti pengarah Hollywood yang ramai beralih ke dunia penstriman.

Adakah Netflix satu hari nanti akan bunuh pawagam?

Tidak. Pawagam akan kekal bertahan kerana orang tidak boleh terperap di rumah sahaja, mereka juga akan keluar menonton wayang. Ini coraknya sejak 70-an dan 80-an.

Cuma sekarang ini pawagam sudah menjadi tempat eksklusif. Positifnya, pawagam sudah semakin selesa. Negatifnya, tiket menjadi semakin mahal, penonton akan pilih filem yang betul-betul memuaskan hati.

The post Bukan penonton tidak hargai, tapi tidak dilatih tonton filem ‘biopik’ – Aziz M. Osman appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow18:00
Latest 18:04 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 17:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.