
Bursa Indonesia digantung sementara selepas indeks utama jatuh lapan peratus
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA: Dagangan Bursa Saham Indonesia (BEI) digantung sementara selama 30 minit pada Jumaat selepas Indeks Komposit Jakarta (IHSG) yang juga indeks utamanya, menjunam sebanyak lapan peratus. (Berita Harian, 15:40)
Read the reporting
1 report
Bursa Indonesia digantung sementara selepas indeks utama jatuh lapan peratus
JAKARTA: Dagangan Bursa Saham Indonesia (BEI) digantung sementara selama 30 minit pada Jumaat selepas Indeks Komposit Jakarta (IHSG) yang juga indeks utamanya, menjunam sebanyak lapan peratus.
Pemangku Setiausaha Korporat BEI, Valentina Simon, berkata dagangan itu telah digantung pada 8.58 pagi mengikut waktu Sistem Dagangan Automatik Jakarta (JATS) sebelum kembali beroperasi pada 9.28 pagi tanpa sebarang perubahan dalam jadual dagangan biasa.
"BEI melaksanakan langkah berkenaan bagi memastikan dagangan ekuiti berjalan secara teratur, adil serta cekap," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Di bawah peraturan dagangan BEI, penggantungan dagangan selama 30 minit itu akan dilaksanakan apabila indeks penunjuk utama merosot melebihi lapan peratus dalam tempoh satu hari dagangan.
Ia akan disusuli dengan tempoh penggantungan tambahan selama 30 minit jika kerugian itu melebihi 15 peratus.
Tindakan penggantungan bagi tempoh berbaki sesi atau jangka masa lebih lama dengan kelulusan pihak pengawal selia, boleh dilaksanakan apabila dagangan menjunam melebihi 20 peratus.
Langkah penggantungan terbaharu hari ini menyusuli tindakan sama pada 28 Januari 2026 apabila BEI menjunam lapan peratus ketika dagangan intrahari.
Setakat 11.29 pagi ini, BEI telah mencatat kemerosotan sebanyak 10.76 peratus kepada 5,232.59 mata.
- BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.