
Cadangan CSA Selangor, BERSATU tunjuk pendekatan politik pragmatik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Cadangan Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) antara Kerajaan Selangor dan BERSATU dilihat sebagai petunjuk parti pembangkang itu mula membuka ruang kepada pendekatan politik yang lebih pragmatik. (Berita Harian, 14:36)
Read the reporting
1 report
Cadangan CSA Selangor, BERSATU tunjuk pendekatan politik pragmatik
KUALA LUMPUR: Cadangan Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) antara Kerajaan Selangor dan BERSATU dilihat sebagai petunjuk parti pembangkang itu mula membuka ruang kepada pendekatan politik yang lebih pragmatik.
Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis, berpandangan langkah itu tidak semestinya bermaksud BERSATU meninggalkan politik konfrontasi sepenuhnya.
"Dalam sistem demokrasi, pembangkang bukan sahaja berfungsi mengkritik kerajaan, tetapi juga boleh berunding untuk memastikan kepentingan kawasan dan pengundi mereka mendapat perhatian.
"Bagi BERSATU, CSA memberi peluang untuk membuktikan mereka mampu membawa manfaat kepada rakyat walaupun tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebuah portal berita dalam talian hari ini melaporkan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Afif Bahardin berkata, kerajaan Selangor dan BERSATU semakin menghampiri perjanjian persefahaman merentasi parti yang bakal memberi parti itu peranan lebih besar dalam pentadbiran negeri.
Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan dipetik berkata, jika CSA yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ia akan memberi sokongan lebih dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 56 anggota kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Mengulas lanjut, Mujibu berkata, kerajaan Selangor tidak memerlukan CSA untuk terus mentadbir kerana gabungan kerajaan sudah mempunyai majoriti mudah.
"Nilai strategik tambahan yang ingin diperoleh melalui kerjasama berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya tiga kemungkinan.
"Pertama, kerajaan mahu memperkukuh kestabilan politik dan mengurangkan risiko pertikaian dalam urusan pentadbiran.
"Kedua, CSA boleh membuka ruang lebih tersusun untuk ADUN BERSATU membawa isu kawasan dan mempengaruhi perbincangan dasar.
"Ketiga, sokongan tambahan itu memberikan kerajaan kedudukan lebih kukuh bagi urusan yang memerlukan sokongan dua pertiga DUN," katanya.
Mujibu berkata, CSA berkenaan berpotensi menggalakkan budaya politik yang lebih matang, namun kesannya terhadap retorik kaum dan agama tidak boleh dianggap automatik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:36
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.