Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 8 h ago

Calon PM: Anwar beri PH kelebihan, BN-Pas masih 'tercari-cari' - Penganalisis

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 00:15 MYTLatest activity 9 Oct, 00:53BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka berlangsung dalam masa setahun daripada sekarang, Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan lebih besar dalam isu penamaan calon Perdana Menteri berdasarkan rekod dan keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara terutama dari segi pembangunan ekonomi dan sosial. (Astro Awani (BM), 00:15)

Read the reporting

2 reports
Photo: Sinar Harian
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Calon PM: Anwar beri PH kelebihan, BN-Pas masih 'tercari-cari' - Penganalisis

By Sinar Harian · 9 Oct, 00:53 MYT

KUALA LUMPUR - Dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka berlangsung dalam masa setahun daripada sekarang, Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan lebih besar dalam isu penamaan calon Perdana Menteri berdasarkan rekod dan keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara terutama dari segi pembangunan ekonomi dan sosial.

Profesor, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, Anwar menawarkan kepimpinan yang sudah dikenali dan rekod pentadbiran yang boleh dinilai.

Menurut beliau, dalam menghadapi PRU16, kepastian tentang siapa yang akan memimpin negara merupakan suatu kekuatan politik, khususnya apabila pihak yang mahu mencabar kerajaan sekarang masih belum mencapai persetujuan mengenai siapa kepimpinan tertinggi mereka.

“Kelebihan Anwar bukan sekadar pada nama atau kedudukannya sebagai penyandang. Beliau mempunyai pengalaman mengurus ekonomi, mengendalikan hubungan antarabangsa dan mempertemukan pelbagai parti yang berbeza kepentingan dalam sebuah kerajaan termasuk dari Sabah dan Sarawak.

“Keupayaan mengurus perbezaan ini penting kerana untuk mentadbir Malaysia memerlukan keyakinan merentas parti, agama, kaum, wilayah dan latar belakang sosio-ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Afandi menjelaskan, sekiranya kerjasama Barisan Nasional (BN)-Pas mahu dikemukakan sebagai pilihan untuk mengambil alih Putrajaya, gabungan itu perlu menjelaskan siapa calon Perdana Menteri, apakah dasar bersama dan bagaimana mereka akan membentuk kerajaan yang stabil.

Katanya, slogan penyatuan ummah mempunyai daya tarikan politik, tetapi ia perlu diterjemahkan kepada tawaran pentadbiran yang meyakinkan.

Beliau menegaskan, persetujuan untuk bekerjasama dalam pilihan raya belum tentu bermakna persetujuan tentang cara mentadbir selepas kemenangan.

“Saya berpandangan bahawa Pas masih tidak mempunyai pemimpin bertaraf nasional yang berkaliber dan mampu diterima semua pihak, berupaya mengurus ekonomi yang kompleks dan membina keyakinan rakan gabungan, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kewibawaan dalam parti perlu disertai kemampuan memimpin seluruh negara,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, soal integriti pemimpin juga akan dinilai dan perlu menunjukkan ketelusan serta kesediaan dipertanggungjawabkan.

Katanya lagi, kekuatan yang ada pada Anwar lebih meyakinkan apabila dibina atas rekod pentadbiran dan mutu kepimpinannya, berbanding pemimpin parti-parti lain.

“Cabaran kepada BN-Pas pula ialah menawarkan kepimpinan dan program pemerintahan yang sekurang-kurangnya setanding. Pengundi berhak mengetahui siapa yang akan memimpin mereka, bagaimana negara akan ditadbir dan apakah yang akan menjadi lebih baik dalam kehidupan mereka,” jelasnya. - Awani

Text and pictures from Sinar Harian, shown with attribution.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 19NEWnow08:0009:00
Latest 09:03 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Sinar Harian) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
9 Oct, 00:15 MYT
Origin confidence 90% · 38 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    00:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.