
PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dalam proses memuktamadkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan pengumuman dijangka dibuat dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.Naib Presidennya, Datuk Seri R Ramanan berkata, gerak kerja bagi menghadapi PRN berkenaan pula akan dilancarkan pada hujung minggu ini."Setakat ini, kita dalam proses untuk memuktamadkan calon-calon yang bakal bertanding di Melaka."Pada hujung minggu ini, kita akan melancarkan bilik gerakan untuk PRN bagi Keadilan (PKR). Jadi, tunggulah. Dua, tiga minggu lagi kita akan umumkan calo (Sinar Harian, 17:51)
Read the reporting
5 reports
'Melaka Rumah Kita' jadi paksi kempen PH pada PRN Melaka
am@hmetro.com.my
Melaka: Pakatan Harapan (PH) mahu mengembalikan pengalaman menerima amanah dan mandat rakyat pada 2008 untuk diketengahkan semula menerusi pendekatan kempen positif pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengalaman berkenaan akan dijadikan asas untuk dikemukakan kepada rakyat bersama gagasan 'Melaka Rumah Kita' yang membawa tawaran berkaitan masa depan negeri dan kehidupan rakyat.
Menurut beliau, gagasan berkenaan akan dibentangkan sepanjang tempoh menjelang kempen sehingga hari mengundi, termasuk manifesto serta hala tuju PH mengenai masa depan Melaka.
"Pengalaman kita pernah diberikan amanah pada 2008 akan kita singkap semula dan kemukakan balik. Insya-Allah, yang kita nak tawarkan adalah 'positive campaigning'.
"Di sinilah kita akan pancarkan dan mulakan gerakan ini, sama ada melalui sidang media harian, program pertemuan, ceramah, pengumuman mahupun latihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan Utama PH Negeri Melaka di Bukit Baru, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi PH Negeri Melaka yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka merangkap Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Pengerusi Amanah Negeri Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis.
Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Bilik Gerakan Utama PH yang mula beroperasi hari ini menjadi titik permulaan kepada gerakan berkenaan, sebelum dikembangkan menerusi pelbagai aktiviti sepanjang tempoh berkempen.
Kata beliau, lokasi itu dipilih kerana berada di antara dua kawasan Parlimen yang penting kepada PH, iaitu Parlimen Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.
Menurutnya, pemilihan lokasi memandangkan Kota Melaka pernah terkenal sebagai pusat perdagangan dunia dan menjadi sumber ketamadunan Melaka pada satu ketika dahulu, manakala Parlimen Hang Tuah Jaya mengambil kisah pahlawan Hang Tuah sebagai panglima yang setia dan terkenal sehingga hari ini.
"Insya-Allah, inilah yang akan kita bina sebagai sebuah rumah kita dengan lambang Kota Melaka dan Hang Tuah, dua watak yang penting dalam tradisi negeri Melaka.
"Inilah kekuatan yang sedang kita bina. Kekuatan Kota Melaka dan kesetiaan Hang Tuah akan menjadi paksi penting dalam membina 'Melaka Rumah Kita' yang akan diperjuangkan dan dilaksanakan oleh PH sepanjang pilihan raya," katanya.
Beliau berkata, lebih banyak aktiviti akan dilaksanakan sepanjang tempoh kempen termasuk pertemuan dan perbincangan bagi menggerakkan jentera parti.
"Yang penting, insya-Allah jentera Pakatan Harapan sudah mula bersedia, kita akan umumkan calon dan melancarkan jentera secara serentak.
"Dengan itu juga, kita sudah bersedia memasang dinding dan bumbung untuk 'Melaka Rumah Kita' iaitu Melaka yang lebih baik untuk semua selepas pilihan raya akan datang" katanya.
Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata, empat individu akan bertindak sebagai jurucakap utama PH sepanjang tempoh PRN bagi berinteraksi dengan pihak media dan menyampaikan perkembangan berkaitan parti.
Kata beliau, mereka ialah Pengerusi PH Negeri Melaka, Datuk Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong; Pengerusi Amanah Negeri Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis dan Adam Adli yang mewakili tiga komponen utama PH.
"Sama ada keempat-empatnya hadir bersama atau secara berselang-seli sepanjang tempoh kempen, mereka akan mengemas kini maklumat, perkembangan serta isu yang dibangkitkan sepanjang pilihan raya berlangsung.
"Mereka juga akan memaklumkan keputusan rasmi berkaitan PRN Melaka, khususnya perkara yang membabitkan Pakatan Harapan," katanya.
Amirudin berkata, pelancaran Bilik Gerakan Utama itu menjadi asas kepada persediaan PH menghadapi PRN Melaka, termasuk usaha memastikan bilik-bilik gerakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi parti itu disiapkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 5 independent sources
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1YouTube (mainstream)Astro AWANI (YouTube)00:42
- Step 2News outletsGoogle News Malaysia (BM)01:25 · +43 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (12)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.




