Malaysian Attention Engine
Live wire
51World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia50Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi47General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon47Aina Abdul pertaruh lagu Bluest Sky, wakil negara ke Eurovision Asia46Sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh – JPNPP45Bursa opens higher ahead of Budget 2027 announcement40Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV40Trump says he will not attack before US elections in November39Nahas 3 beranak: 'Niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi mereka' - Suami37Malaysia kekal Tahap 2 laporan pemerdagangan orang tiga tahun berturut-turut3713 pelajar ‘bergasak’ guna senjata ditahan36General : Borrowers Facing Difficulties To Settle PTPTN Loan Can Negotiate For Loan Restructuring - MoHE
NewConfirmedupdated 1 h ago

Campak jadi bintang, Suara Rakyat Faizal Tahir hampir sempurna

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:00 MYTLatest activity 9 Oct, 09:00BMconfidence 80%

What happened

DALAM industri muzik tempatan, penyanyi Faizal Tahir membuktikan muzik pop rock berteraskan cinta, kemanusiaan dan ketuhanan masih mempunyai tempat istimewa di hati peminat, meskipun landskap muzik terus berubah mengikut arus digital. (Kosmo!, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·5 min read

Campak jadi bintang, Suara Rakyat Faizal Tahir hampir sempurna

By MUHAMMAD HAIKAL RAMLI · 9 Oct, 09:00 MYT

DALAM industri muzik tempatan, penyanyi Faizal Tahir membuktikan muzik pop rock berteraskan cinta, kemanusiaan dan ketuhanan masih mempunyai tempat istimewa di hati peminat, meskipun landskap muzik terus berubah mengikut arus digital.

Justeru, Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat di Unifi Arena, Bukit Jalil malam Sabtu lalu, menjadi medan penyanyi itu memperagakan kekuatan muziknya selepas dua dekad bergelumang dalam industri.

Tanpa perlu menari mengikut trend TikTok atau bersandar gimik berlebihan, pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir itu menghidupkan pentas menerusi vokal bertenaga, rangkaian lagu malar segar dan mesej sarat makna.

Di hadapan sekitar 10,000 penonton, penyanyi berusia 48 tahun itu mengemudi persembahan selama sekitar dua jam setengah dengan hampir 30 buah rangkaian lagu merentasi pelbagai fasa kerjayanya.

Memulakan persembahan tepat pukul 8.30 malam, Faizal tampil dalam persalinan jaket kulit dan seluar jean, cukup menggambarkan sisi rock yang sekian lama menjadi identitinya.

Lagu Batu & Golek, Gemuruh dan Coba membuka tirai dengan ledakan tenaga, seolah-olah memberi amaran awal bahawa malam itu bukan medan untuk penonton sekadar duduk menikmati muzik.

Rentak rancak, sorakan bergema dan respons penonton segera membentuk suasana konsert berskala besar.

Selepas tiga lagu pembukaan, Faizal mengambil ruang untuk menyapa penonton selain mengakui perjalanan selama 20 tahun bukan sesuatu yang mudah, malah pernah beberapa kali terfikir untuk bersara.

PERNAH cuba bersara daripada dunia nyanyian, Faizal Tahir pada usia 48 tahun ternyata masih kuat pengaruh dan masih memenuhkan ruang Unifi Arena pada satu malam konsert yang cukup bermakna buat diri sendiri dan pengikut setianya selama ini

Variasi repertoir

Selepas segmen pembukaan, alunan Hanyut, Karma, Anti Gravity dan Sejati meneruskan gelombang muzik dengan gabungan melodi, tenaga serta susunan pop rock.

Peralihan daripada lagu rancak kepada karya lebih emosional memberikan variasi, sekali gus memperlihatkan keluasan repertoir Faizal.

Barisan pemuzik profesional tempatan yang dikemudi Jennifer Thompson turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepadatan bunyi, sementara tata cahaya dan paparan visual LED memperkukuh suasana setiap segmen.

Persembahan kemudian memasuki dimensi berbeza apabila bapa tujuh anak itu muncul dengan persalinan serba putih sebelum mendendangkan Assalamualaikum.

Pilihan busana itu memberikan nuansa lebih tenang dan selari dengan pengisian kerohanian lagu berkenaan, sekali gus mengingatkan penonton kepada sisi awal perjalanan seninya bersama kumpulan nasyid Mirwana sebelum bergerak secara solo.

Kepulangan Mirwana ke pentas bersama Faizal menerusi Aku Tanpa Cintamu dan Biar Satu Dunia Tahu menjadi simbol penghargaan terhadap akar perjalanan tersebut.

Selesai bahagian itu, Faizal tampil dengan persalinan ‘burgundy’ bersentuhan motif tradisional, memberikan bayangan kepada perubahan suasana muzik.

Segmen tersebut turut diserikan dengan audio Wasiat Che Det sebelum beralih kepada Buka Panggung, Orang Kampung dan Joget Mantul yang menyuntik warna muzik tradisional ke dalam konsert pop rock berskala besar.

Susunan lagu berkenaan menawarkan kelainan daripada rentak gitar elektrik dan balada, malah memberi ruang kepada penonton menikmati sisi muzik tempatan dengan pendekatan lebih kontemporari.

Kemuncak segmen itu hadir menerusi Campak Bintang apabila legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir, muncul sebagai artis jemputan yang membuatkan ruang arena bergema dengan suara penonton mengiringi persembahan.

“Apabila ada Faizal Tahir dalam industri, saya sudah boleh relaks,” ujar M. Nasir sekali gus memperlihatkan hubungan antara generasi pemuzik dengan karakter tersendiri, namun berkongsi kecintaan terhadap karya bermutu.

KEMUNCULAN M. Nasir berduet dengan lagu Campak Bintang bersama Faizal Tahir menjadi satu momen bermakna dan keterujaan berganda buat hampir 10,000 penonton yang hadir.

Selepas itu, Tutup Panggung melengkapkan segmen dengan kesinambungan konsep persembahan berteraskan muzik dan identiti tempatan.

Pilihan lagu tersebut memperlihatkan usaha Faizal mempelbagaikan warna konsert, sekali gus mengelakkan keseluruhan persembahan terperangkap dalam satu formula muzik sahaja.

Patriotisme, mesej semasa

Persalinan hijau ala ketenteraan menandakan perubahan suasana sekali lagi apabila Faizal meneruskan persembahan menerusi lagu Negaraku dan Malaysia .

Kibaran Jalur Gemilang menambahkan semangat patriotik, menjadikan Unifi Arena bukan hanya ruang hiburan, malah tempat meraikan identiti dan rasa cinta terhadap tanah air.

Segmen tersebut disusuli Fire & Water , lagu runut bunyi animasi BoBoiBoy, sebelum tayangan video memaparkan rakaman video keluarga dan peminat serta ucapan mereka.

Bagaimanapun, pemilihan tersebut boleh dipersoalkan dari sudut kesinambungan repertoir.

Walaupun lagu berkenaan mempunyai nilai tersendiri dan memperlihatkan kepelbagaian karya Faizal, kedudukannya dalam konsert berkenaan tidak semestinya memenuhi jangkaan peminat dewasa yang hadir untuk menghayati lagu-lagu utama sepanjang kariernya.

Selepas itu, lagu Santai dan Teknologia meneruskan persembahan sebelum Faizal kembali berinteraksi dengan penonton.

Kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, pada malam tersebut turut menjadi konteks menarik ketika Teknologia dipersembahkan

Namun, tanpa menafikan mesej berkaitan kemajuan teknologi, pemilihan lagu itu mungkin menimbulkan tanggapan berbeza dalam kalangan penonton, khususnya apabila mereka mengharapkan lebih banyak lagu popular daripada repertoir penyanyi berkenaan.

Dalam sebuah konsert retrospektif, pemilihan lagu membawa tanggungjawab besar. Setiap karya bukan sahaja perlu menyampaikan mesej, malah mesti menjawab harapan penonton yang membeli tiket untuk menghayati perjalanan muzik seseorang artis.

Justeru, lagu berunsur semasa seharusnya diseimbangkan dengan karya ikonik supaya mesej tidak menenggelamkan nostalgia.

KEMUNCULAN M. Nasir berduet dengan lagu Campak Bintang bersama Faizal Tahir menjadi satu momen bermakna dan keterujaan berganda buat hampir 10,000 penonton yang hadir.

Penonton tak puas?

Menjelang penghujung konsert, lagu Bila Sampai Waktu, Kasih Tercipta, Sampai Syurga dan Aku Berjanji menyambung perjalanan emosi persembahan.

Sebagai penutup utama, Mahakarya dan Bila Lagi Nak Jump a dipersembahkan dalam segmen ‘encore’ sebelum Faizal bersama barisan pemuzik memberikan penghormatan terakhir kepada penonton.

Kemampuan pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) itu mengemudi rangkaian lagu dengan tuntutan nada tinggi, perubahan dinamik dan tenaga berterusan wajar diberikan pengiktirafan, namun menjelang penghujung persembahan, terdapat bahagian suaranya kedengaran sedikit letih.

Kelemahan lebih ketara terletak pada rentak persembahan. Interaksi dengan penonton sememangnya elemen penting namun apabila sesi bicara terlalu panjang dan berulang, momentum muzik mula terputus.

Ada ketika penonton seolah-olah lebih banyak mendengar ucapan berbanding menikmati nyanyian. Konsert berakhir pukul 11 malam, tetapi sebahagian peminat mungkin pulang dengan rasa belum benar-benar puas. Antara lagu popular tidak dipersembahkan termasuk Dirgahayu, Bencinta dan Ragaman .

Ketiadaan karya berkenaan bukan bermaksud keseluruhan repertoir malam itu lemah, namun pemilihan lagu ikonik sedemikian berpotensi memberikan kepuasan menyeluruh kepada peminat lama.

Bagi konsert bertajuk Suara Rakyat , persoalan tentang suara siapa dan karya mana perlu diberikan ruang menjadi sesuatu yang wajar dipertimbangkan. – KOSMO! ONLINE

The post Campak jadi bintang, Suara Rakyat Faizal Tahir hampir sempurna appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 09:56 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.