
Malaysia kekal Tahap 2 laporan pemerdagangan orang tiga tahun berturut-turut
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan penarafan Tahap 2 bagi tiga tahun berturut-turut dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2026 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS). (Berita Harian, 09:33)
Read the reporting
2 reports
Malaysia kekal Tahap 2 laporan pemerdagangan orang
Jabatan Negara AS berkata kerajaan Malaysia tidak kawal selia perekrut pekerja secara berkesan, termasuk pihak yang mengenakan bayaran pengambilan pekerja hingga menyebabkan paksaan berasaskan hutang serta tingkatkan risiko pekerja dieksploitasi sebagai buruh paksa. PETALING JAYA: Malaysia mengekalkan penarafan Tahap 2 bagi tiga tahun berturut-turut dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2026 selepas Jabatan Negara AS menyatakan negara masih belum memenuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi menghapuskan pemerdagangan orang, tetapi menunjukkan usaha yang signifikan ke arah itu.
Laporan itu mencatatkan peningkatan dalam jumlah siasatan, pendakwaan dan sabitan sepanjang tahun lalu, namun menyatakan rasuah, kawal selia yang lemah terhadap perekrut pekerja serta ketidakseragaman dalam mengenal pasti mangsa terus menjejaskan kemajuan.
“Rasuah dan penglibatan pegawai dalam jenayah pemerdagangan orang kekal sebagai kebimbangan utama yang menghalang tindakan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.
“Pegawai terus menyamakan pemerdagangan orang dengan penyeludupan migran, sekali gus menjejaskan usaha mengenal pasti mangsa.”
Laporan itu menyatakan kerajaan gagal mengawal selia perekrut pekerja secara berkesan, termasuk pihak yang mengenakan bayaran pengambilan pekerja sehingga menyebabkan paksaan berasaskan hutang dan meningkatkan kerentanan pekerja terhadap buruh paksa.
Laporan itu turut menyatakan kerajaan tidak mengenakan tindakan terhadap perekrut pekerja yang melakukan penipuan dalam proses pengambilan pekerja, manakala tiada agensi pekerjaan didakwa di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta.
Undang-undang mengehadkan bayaran yang boleh dikenakan terhadap pekerja asing kepada gaji pokok sebulan, namun kebanyakan pekerja migran dilaporkan membayar jauh melebihi had itu, sekali gus mendedahkan mereka kepada paksaan berasaskan hutang.
Menurut laporan itu, sesetengah pekerja Bangladesh dilaporkan membayar sehingga kira-kira USD7,200 (hampir RM30,000) sebelum tiba di Malaysia.
Laporan itu turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah siasatan kes pemerdagangan orang yang dibuka pihak berkuasa, iaitu 209 kes berbanding 188 kes pada tahun sebelumnya.
Jabatan Peguam Negara (AGC) memulakan pendakwaan terhadap 128 suspek, iaitu 24 bagi kes pemerdagangan seks, 99 bagi buruh paksa dan lima bagi eksploitasi yang tidak dinyatakan secara khusus, meningkat daripada 72 suspek.
Sementara itu, mahkamah mensabitkan 36 pesalah pemerdagangan orang berbanding 26 sebelum ini.
Laporan itu memetik anggaran bahawa 29% pekerja domestik, yang kebanyakannya warga asing, mengalami keadaan yang mempunyai ciri-ciri buruh paksa.
Ia turut memetik anggaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia bahawa kira-kira lapan daripada setiap 1,000 pekerja ladang kelapa sawit terlibat dalam buruh paksa, dengan kadar lebih tinggi di Sarawak.
Terdapat perkembangan positif dalam aspek hak pekerja apabila mahkamah buruh menyelesaikan 28,992 pertikaian, meningkat daripada 21,583, dan memerintahkan pembayaran tunggakan gaji berjumlah RM70 juta berbanding RM52 juta sebelum ini.
Laporan itu menggariskan lapan syor untuk dilaksanakan Malaysia sepanjang tempoh penilaian seterusnya, dari 1 April 2026 hingga 31 Mac 2027.
Syor itu termasuk menambah baik pengenalpastian awal mangsa pemerdagangan orang, memperkukuh siasatan, menghapuskan bayaran pengambilan pekerja yang dikenakan terhadap pekerja dan memperluas kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Why it is new
- 4 independent sources
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.