
Cara sembelihan ayam meragukan, Radzi Jidin gesa siasat premis di Bandar Tun Razak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Radzi Jidin gesa JAKIM, DBKL, KKM dan Imigresen gempur premis proses ayam tular di Bandar Tun Razak. (Astro Awani (BM), 09:50)
Read the reporting
1 reportTular dakwaan ayam tidak disembelih, Radzi Jidin gesa Jakim siasat status halal
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa membuat siasatan segera mengenai kaedah penyembelihan, status halal serta rangkaian pengedaran ayam yang diproses di sebuah premis di ibu negara.Ia susulan tular video berkaitan isu kebersihan dan cara ayam itu diproses di premis berkenaan.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi memastikan proses penyembelihan ayam di premis tersebut benar-benar mematuhi hukum syarak, memiliki status halal dan lokasi ia dibekalkan untuk dijual."Siasatan bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga perlu meliputi aspek kebersihan, pematuhan undang-undang, kemungkinan penyalahgunaan logo halal serta status permit pekerja asing."Jika terbukti berlaku pelanggaran, tindakan tegas mesti diambil."Isu halal dan keselamatan makanan tidak boleh dipandang ringan!" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Bagaimanapun, Mohd Radzi tidak menyebut lokasi premis secara spesifik.Dalam masa sama, beliau mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Ketua Pengarah Jakim bagi membolehkan siasatan dijalankan.Mohd Radzi turut memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk perhatian lanjut.Baru-baru ini, tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam tersebut, sebaliknya mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada Jakim berhubung perkara berkenaan.
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)09:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.