
Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kemelut di antara pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia dan keluarganya berhubung kewangan serta pengurusan LZJ Management berjaya diselesaikan secara baik di sini hari ini. (Utusan Malaysia, 12:28)
Read the reporting
4 reports
[VIDEO] Pertikaian Zii Jia, ahli keluarga selesai cara baik
KUALA LUMPUR – Pertikaian tindakan undang-undang antara pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia dengan tiga ahli keluarga termasuk syarikat berhubung urusan kewangan dan pengurusan syarikat LZJ Management akhirnya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Ia berikutan apabila Zii Jia, 28, selaku pemohon dan tiga ahli keluarganya iaitu Lee Chee Hin,59, (bapa) Lee Zii Yii, 30, (kakak) Lee Tao, 35, (adik) serta syarikat milik Zii Jia, iaitu LZJ Management yang dinamakan sebagai responden bersetuju untuk menyelesaikan kes itu tanpa melalui perbicaraan.
Atas persetujuan pihak-pihak, Hakim Leong Wai Hong kemudian merekodkan penghakiman persetujuan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peguam serta pihak-pihak yang terlibat kerana menyelesaikan perkara ini secara baik. Ini saya amat berharap. Saya percaya para peguam akan menjalankan peranan yang sepatutnya dalam perkara ini. Terima kasih kepada semua,” kata Hakim itu.
Sementara itu berdasarkan terma penyelesaian draf perintah persetujuan, pihak-pihak diperintahkan secara persetujuan bahawa suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) responden pertama (LZJ Management) akan diadakan pada 31 Oktober 2026, selaras dengan “Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa” bertarikh 16 Oktober 2026 selain kos EGM akan ditanggung oleh responden pertama.
Pada masa sama, sementara menunggu pelupusan EGM, responden kedua (Chee Hin) dan responden ketiga (Zii Yii) sama ada secara sendiri, melalui ejen-ejen mereka atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak mereka, adalah dihalang melalui suatu injunksi daripada meluluskan, membayar, mengeluarkan atau menyebabkan dibayar apa-apa fi pengarah, elaun, bonus, ganjaran atau apa-apa manfaat kewangan (kecuali gaji bulanan, yang dikira dari 1 1 September 2026 ) kepada diri mereka sendiri.
Ia yang mana responden pertama meluluskan, menandatangani, mengesahkan atau menyebabkan diluluskan apa-apa resolusi lembaga pengarah atau resolusi syarikat yang melibatkan pelantikan atau penyingkiran pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset material, penerbitan saham baharu, perubahan struktur pemegangan saham atau apa-apa keputusan yang memberi kesan material terhadap pengurusan, pentadbiran atau kawalan responden pertama, tanpa kebenaran daripada Mahkamah yang mulia ini terlebih dahulu.
Sebelum ini, permohonan itu difailkan menerusi saman bertarikh 2 Julai 2026, dengan menamakan bapanya iaitu Chee Hin dan kakak serta adiknya dan LZJ sebagai responden dalam prosiding itu.
Beliau juga memohon supaya Chee Hin dan Zii Yii, yang juga pengarah syarikat, dilarang meluluskan fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri sendiri selain gaji bulanan masing-masing.
Beliau turut memohon sekatan terhadap keputusan berkaitan pelantikan dan penyingkiran pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset utama, penerbitan saham baharu serta perubahan struktur pemilikan saham tanpa kelulusan mahkamah.
Menurut permohonan itu, Zii Jia mendakwa memiliki 90 peratus kepentingan dalam LZJ Management, manakala Zii Yii memegang sembilan peratus dan Lee Tao satu peratus.
Selain injunksi interim, pemain itu turut memohon perintah mahkamah supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan tadbir urus syarikat. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Pertikaian Zii Jia, ahli keluarga selesai cara baik appeared first on Kosmo Online .
Why it is exploding
- 4 mentions in the last hour after none the hour before
- 5 independent sources, 5 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.