
Cek tendang: Wan Mohalina, suami disaman syarikat agensi pelancongan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SHAH ALAM – Syarikat pengelola haji berdaftar, Zahafiz Travel & Tours telah memfailkan saman terhadap Exco Wanita UMNO, Wan Mohalina Wan Mohammad dan suaminya, Mohamad Shaharin Md Saman atas kegagalan menjelaskan tunggakan pakej haji premium berjumlah RM397,730. (Kosmo!, 12:52)
Read the reporting
1 report
Cek tendang: Wan Mohalina, suami disaman syarikat agensi pakej haji
SHAH ALAM – Syarikat pengelola haji berdaftar, Zahafiz Travel & Tours telah memfailkan saman terhadap Exco Wanita UMNO, Wan Mohalina Wan Mohammad dan suaminya, Mohamad Shaharin Md Saman atas kegagalan menjelaskan tunggakan pakej haji premium berjumlah RM397,730.
Syarikat itu selaku plaintif memfailkan saman itu pada 2 Oktober lalu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Rahman dan Rohaida dengan menamakan Mohamad Shaharin, 60, dan Wan Mohalina, 57, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Mei lalu Wan Mohalina yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani itu bersama suaminya telah menunaikan ibadah haji menerusi pakej Haji Premium yang ditawarkan oleh Syarikat Zahafiz Travel & Tours.
“Namun, mereka didakwa telah memberikan dua keping cek tendang kepada Syarikat Zahafiz Travel & Tours dan didakwa gagal membuat sebarang pembayaran bagi membiayai pakej haji tersebut,” kata kenyataan itu.
Rentetan itu Wan Mohalina dan suaminya kini berdepan dengan saman berjumlah RM397,730 yang difailkan oleh syarikat terbabit terhadap mereka.
Sementara itu berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mengatakan sehingga kini defendan-defendan telah gagal, enggan atau cuai untuk menjelaskan bayaran bagi Pakej Haji di bawah Invois tersebut, meskipun peringatan berulang kali telah diberikan.-KOSMO! ONLINE
The post Cek tendang: Wan Mohalina, suami disaman syarikat agensi pakej haji appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.