Malaysian Attention Engine
Live wire
65Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara56General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar55General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption52General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions51Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok50Badminton: Zii Jia marches into quarters for first big test against Popov in Arctic50Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori49Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC49General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon46General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution45Budget 2027: Medical groups hail end to contract doctor system, enhanced public-private synergy but seek more on retention44Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat
NewConfirmedupdated 4 h ago

CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM10

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:18 MYTLatest activity 9 Oct, 15:30ENBMconfidence 74%

What happened

CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM10 (Google News Malaysia (BM), 12:25)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM10

By Wartawan BH · 9 Oct, 12:31 MYT

KUALA LUMPUR: Pelanggan CelcomDigi Bhd kini boleh menikmati sambungan dengan lebih mudah dan mampu milik ketika berada di luar negara menerusi pas perantauan yang diperbaharui, daripada serendah RM10.

Ditawarkan kepada semua pelanggan CelcomDigi tanpa memerlukan komitmen minimum pelan prabayar atau pascabayar, pas perantauan yang diperbaharui ini menyediakan pilihan yang lebih jelas bagi kedua-dua pelan, sekali gus memudahkan pelanggan memilih pas yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet perjalanan mereka.

Selaras dengan komitmen CelcomDigi untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pas perantauan baharu ini kini tersedia di sehingga 95 destinasi seluruh dunia melalui rangkaian mudah alih terkemuka.

Semua pas perantauan prabayar dan pascabayar turut menawarkan sehingga 30 minit panggilan percuma ke Malaysia dan di negara destinasi, memudahkan pelanggan untuk kekal terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan ketika melancong.

Antara manfaat lain termasuk tempahan awal pas perantauan sehingga 14 hari sebelum berlepas melalui aplikasi CelcomDigi; perantauan pelbagai destinasi merentasi tiga zon perjalanan iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand (SIT)l Zon Asia yang baharu diperkenalkan, serta Zon Seluruh Dunia, membolehkan pelanggan kekal berhubung di beberapa negara di bawah satu pas; terus terhubung dan sedia digunakan sebaik tiba di destinasi tanpa perlu menukar kad SIM, memasang profil eSIM atau membeli SIM tempatan serta perayauan 5G yang lancar di destinasi yang disokong.

Pelanggan CelcomDigi Prepaid kini boleh kekal terhubung ketika berada di luar negara dengan pas bermula serendah RM10, menjadikan perantauan lebih mudah diakses.

Dengan kuota data berkelajuan tinggi yang tetap, pelanggan boleh mengawal perbelanjaan sambungan mereka dengan memilih pas dan kuota yang sesuai mengikut keperluan serta bajet perjalanan, selain mempunyai kebebasan untuk membeli pas dan menambah data apabila diperlukan.

Menerusi pas perantauan yang diperbaharui ini, pelanggan CelcomDigi Postpaid boleh menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar tanpa kebimbangan dengan perantauan tanpa had bermula daripada RM30.

Dengan data 5G tanpa had, pelanggan boleh terus kekal berhubung tanpa perlu risau kehabisan data ketika menggunakan navigasi, membuat panggilan video, menstrim hiburan atau berkongsi momen perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menikmati perjalanan dengan lebih tenang.

Pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak juga boleh menikmati manfaat tambahan seperti penjimatan sehingga 50 peratus untuk pas perantauan terpilih bagi pelanggan Postpaid 5G 120 dan ke atas; pelan perantauan bulanan bermula dari RM20 sebulan dengan kontrak atau RM40 sebulan tanpa kontrak serta memberikan pengalaman perantauan sentiasa aktif sepanjang tahun dengan hanya satu langganan.

Dengan gabungan harga yang lebih mampu milik, liputan global yang luas, sambungan melalui rangkaian mudah alih terkemuka serta kemudahan menggunakan nombor telefon sedia ada, CelcomDigi menyediakan pilihan perantauan yang lebih praktikal dan mudah untuk rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara.

Pelanggan boleh melanggan pas perantauan melalui aplikasi CelcomDigi > Roaming atau dengan mendail *800# ketika berada di luar negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 4 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • First mainstream coverage by Google News Malaysia (BM) at 12:25, 7 min after first detection
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45NEWnow14:0017:0020:00
Latest 20:09 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Lowyat.NET) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Google News Malaysia (BM)) source
  3. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source
  4. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Berita Harian) source
  5. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Lowyat.NET (News)
9 Oct, 12:18 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News
    Lowyat.NET
    12:18
  2. Step 2
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    12:25 · +7 min

Internet reaction

News · 1

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM10 · Malaysian Attention Engine