
China kurang ‘tandas sempurna’ – Katie Zacharia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BEIJING – Beijing memberitahu Katie Zacharia hari ini untuk ‘lebih kerap’ mengadakan lawatan ke China selepas Setiausaha Akhbar White House itu mendakwa China kekurangan ‘tandas yang sempurna’. (Kosmo!, 17:19)
Read the reporting
2 reports
Jurucakap Rumah Putih perlekeh kemudahan tandas China
WASHINGTON: Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Katie Zacharia, mencetuskan perhatian selepas mendakwa China tidak mempunyai ‘tandas yang sempurna’ dalam temu bual disiarkan pada Khamis.
Zacharia, 41, yang baru dilantik kurang seminggu lalu, turut berdepan persoalan mengenai kelayakan undang-undangnya selepas gagal memberikan jawapan jelas mengenai lokasi beliau menduduki peperiksaan guaman yang diwajibkan untuk mengamalkan profesion itu di Amerika Syarikat (AS).
Dalam temu bual bersama pempengaruh berhaluan kanan, Jack Posobiec, Zacharia mengimbas kembali persepsi pada 2016 bahawa China bakal mengatasi AS sebagai kuasa utama dunia.
Beliau yang pernah menetap di China berkata, ketika itu rakyat Amerika diberitahu bahawa calon Presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, akan memenangi pilihan raya.
“Kita semua diberitahu Hillary akan menang. Zaman kegemilangan atau keagungan Amerika sudah berakhir, manakala China dikatakan bakal muncul sebagai kuasa baharu,” katanya.
Bagaimanapun, Zacharia berkata pengalamannya di China menimbulkan keraguan terhadap tanggapan berkenaan.
“Saya masih ingat dengan jelas ketika itu kerana baru pulang dari China. Saya tertanya-tanya, bagaimana China boleh menjadi negara yang bakal mengatasi AS sedangkan tandas mereka pun tidak sempurna?” katanya.
Pihak berkuasa China setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini berulang kali memuji hubungan baiknya dengan Presiden China, Xi Jinping.
Dalam sidang kemuncak di Washington pada September lalu, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu, termasuk kecerdasan buatan (AI), perdagangan dan konflik Iran yang masih berlarutan. Mereka turut mengesahkan akan mengadakan pertemuan ketiga dan keempat pada tahun ini.
Zacharia mengadakan sidang media pertamanya di Rumah Putih pada Selasa, namun hanya menjawab soalan daripada tiga wartawan.
Beliau menggantikan Karoline Leavitt, penyokong setia Trump yang sering berdepan pertikaman lidah dengan wartawan, selepas Leavitt berundur pada Ogos lalu untuk menjaga anak-anaknya yang masih kecil.- AFP
The post Jurucakap Rumah Putih perlekeh kemudahan tandas China appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.