Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia46Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris44General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra43Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Christy Ng terjemahan Kudrat dalam fesyen

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 11:49 MYTLatest activity 11 Oct, 11:49BMconfidence 60%

What happened

DUNIA fesyen sememangnya tidak pernah terpisah dengan budaya popular. Daripada muzik, filem hinggalah drama bersiri, sesuatu karya yang mempunyai identiti visual sering menemukan jalannya ke dalam dunia gaya hidup. (Kosmo!, 11:49)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Christy Ng terjemahan Kudrat dalam fesyen

By GHAZALI ALIAS · 11 Oct, 11:49 MYT

DUNIA fesyen sememangnya tidak pernah terpisah dengan budaya popular. Daripada muzik, filem hinggalah drama bersiri, sesuatu karya yang mempunyai identiti visual sering menemukan jalannya ke dalam dunia gaya hidup.

Fenomena itu kini diterjemahkan menerusi kolaborasi Christy Ng x Kudrat 1968 yang membawa semangat, simbol dan estetika dunia High Council ke dalam koleksi aksesori yang boleh digayakan dalam kehidupan seharian.

Dibangunkan bersama Astro Shaw, koleksi edisi terhad itu mengambil inspirasi daripada latar, suasana dan identiti Kudrat 1968: High Council, sebuah karya yang mengetengahkan persoalan tentang warisan, pilihan, sistem dan jurang kelas.

Menurut pengasasnya, Christy Ng, pendekatan terhadap koleksi itu tidak sekadar meletakkan logo atau simbol siri pada barangan fesyen.

Sebaliknya, jenama itu cuba menghidupkan kembali nuansa era 1968 melalui pemilihan warna, fabrik dan bentuk mempunyai karakter tersendiri.

“Elemen vintage dark academia menjadi antara tarikan utama koleksi ini. Gaya yang sinonim dengan siluet klasik, warna lebih matang dan sentuhan nostalgia itu diterjemahkan pada beberapa rekaan beg.

“Gabungan ini menjadikannya kelihatan seperti aksesori yang boleh berdiri sendiri tanpa terlalu bergantung kepada populariti karya menjadi sumber inspirasinya,” katanya ketika ditemui CitaRasa pada sesi pelakon Kudrat 1968 High Council bertemu peminat di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini.

Tambahnya, antara yang mencuri perhatian adalah beg tote bergaya vintaj yang hadir dalam material berasaskan kulit vegan dengan kemasan seakan usang.

CHRISTY (tengah) bergambar bersama barisan pelakon Kudrat 1968 sewaktu program bertemu peminat di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini.

Reka bentuknya yang besar dan berstruktur memberikan ruang praktikal untuk membawa komputer riba, buku serta barangan harian, manakala lambang Kudrat yang ditekan pada permukaan memberikan sentuhan identiti secara lebih halus.

Bagi mereka yang menggemari gaya lebih klasik, bag messenger satchel pula tampil dengan bentuk berstruktur, kemasan kulit vegan berimej matang serta perkakasan rona keemasan.

Ujar Christy lagi, rekaan itu seolah-olah menggabungkan dunia akademik lama dengan gaya bandar moden, sekali gus menjadikannya aksesori yang sesuai dipadankan bersama pakaian kasual, mahupun penampilan kemas.

“Pilihan berasaskan kanvas memberikan sisi lebih santai kepada koleksi.

“Beg galas hadir dalam bentuk boxy dengan ruang komputer riba sehingga 15 inci, beberapa poket luaran dan ruang penyimpanan praktikal.

“Rekaan ini ditawarkan dalam empat warna rumah Kudrat, sekali gus menjadikan elemen identiti kumpulan lebih mudah dikenali,” ujarnya.

Kongsinya, beg bahu kanvas pula membawa pendekatan lebih utilitarian dengan tali boleh laras yang membolehkan ia dipakai secara silang atau di bahu.

Siluet yang ringkas dan kapasiti penyimpanan luas menjadikannya pilihan untuk gaya harian, khususnya bagi mereka lebih mengutamakan fungsi tetapi masih mahu mengekalkan elemen fesyen.

Lengkap dengan aksesori lebih kecil, koleksi itu turut mengetengahkan set stokin dengan tiga rekaan menggunakan elemen ikonik daripada dunia Kudrat 1968.

Jelas Christy, kehadiran aksesori sebegini memperlihatkan bagaimana identiti sesebuah karya boleh diterjemahkan dalam skala lebih kecil, sama ada sebagai pelengkap gaya atau sekadar simbol kegemaran terhadap sesuatu cerita.

“Apa yang menarik mengenai kolaborasi ini adalah usaha menghubungkan fesyen dengan penceritaan dalam sebuah karya filem.

“Koleksi berkenaan direka khusus untuk membawa dunia Kudrat 1968 daripada skrin ke kehidupan sebenar, malah beberapa beg yang dihasilkan turut menjadi sebahagian daripada alam filem tersebut,” kongsinya.

Dalam konteks fesyen tempatan, pendekatan sebegini memperlihatkan bagaimana aksesori tidak lagi sekadar berfungsi sebagai pelengkap pakaian.

Ia boleh menjadi medium untuk membawa identiti, nostalgia dan cerita.

Daripada beg yang diinspirasikan oleh gaya akademia klasik kepada kanvas lebih kasual, koleksi Christy Ng x Kudrat 1968 menawarkan satu bentuk penterjemahan budaya popular yang tidak terlalu bergantung kepada pakaian, sebaliknya membiarkan aksesori menjadi watak utama.

“Koleksi ini bukan hanya tentang membawa pulang sebahagian daripada dunia Kudrat 1968, tetapi bagaimana sesuatu cerita boleh diteruskan melalui gaya peribadi.

“Apabila simbol dan estetika daripada layar diterjemahkan ke dalam aksesori, peminat bukan sekadar menjadi penonton.

“Sebaliknya, mereka turut mempunyai ruang untuk membawa sebahagian daripada dunia tersebut ke jalanan,” tambahnya.

The post Christy Ng terjemahan Kudrat dalam fesyen appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:0013:00
Latest 13:39 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 11:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Christy Ng terjemahan Kudrat dalam fesyen · Malaysian Attention Engine