
Dakwa terlanggar bahu cetus pertengkaran, lelaki bunuh warga emas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Seoul: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang dituduh membunuh warga emas berusia lingkungan 70-an turut didakwa mencuri kad kredit mangsa dan menggunakannya untuk berbelanja sebanyak lima juta won (kira-kira RM15,237) selepas kejadian. (Harian Metro, 13:03)
Read the reporting
1 report
Dakwa terlanggar bahu cetus pertengkaran, lelaki bunuh warga emas
Seoul: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang dituduh membunuh warga emas berusia lingkungan 70-an turut didakwa mencuri kad kredit mangsa dan menggunakannya untuk berbelanja sebanyak lima juta won (kira-kira RM15,237) selepas kejadian.
Memetik Seoul Economic Daily, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian menunjukkan suspek yang dikenali sebagai A keluar dengan membawa telefon bimbit, kad kredit dan barangan lain milik mangsa, menurut polis pada 13 Oktober lalu.
A dituduh membunuh mangsa yang hanya dikenal pasti sebagai B di sebuah rumah di daerah Seongbuk, Seoul, pada 3 Oktober lalu sebelum mencuri telefon bimbit dan kad milik mangsa.
Susulan itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap A pada 7 Oktober atas risiko suspek memusnahkan bukti dan melarikan diri.
Ketika disoal siasat, A memberitahu polis bahawa dia terlanggar bahu dengan B ketika berjalan sehingga mencetuskan pertengkaran.
Menurut penyiasat, suspek turut mendakwa dia mengekori B pulang ke rumah untuk membantah perkara itu sebelum membunuh mangsa dalam konfrontasi yang tidak dirancang.
Bagaimanapun, polis percaya rakaman CCTV tidak menunjukkan sebarang perlanggaran antara kedua-dua lelaki itu seperti yang didakwa suspek.
A dilaporkan menggunakan kad kredit B yang dicuri untuk membuat transaksi berjumlah kira-kira lima juta won (kira-kira RM15,237) selepas pembunuhan itu.
Polis kini sedang mempertimbangkan sama ada untuk menaikkan pertuduhan terhadap A daripada membunuh kepada membunuh ketika melakukan rompakan sebelum menyerahkan kes itu kepada pihak pendakwa raya.
Keputusan penilaian psikopati yang dijalankan terhadap A juga akan diumumkan selepas kes itu dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.