Malaysian Attention Engine
Live wire
44Politics : Melaka Polls: PH Candidates Must Build Strong Campaign Machinery - Ramanan39Deaths confirmed after 'serious incident,' fire at Canada military base in Alberta39Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah35Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB35Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji35Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'34General : Perak Closes Forest Reserve Hiking Trails, Recreational Activities During Monsoon34Belgian police fire tear gas at protesters34PSM tak halang pemain beraksi di Thailand33‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’33Bukan penonton tidak hargai, tapi tidak dilatih tonton filem ‘biopik’ – Aziz M. Osman
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Bertahun etnik Rohingya usahakan ladang sireh di Kampung Padang Guchil, tanah disewakan warga tempatan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 16:59 MYTLatest activity 18 Oct, 16:59BMconfidence 60%

What happened

Bertahun etnik Rohingya usahakan ladang sireh di Kampung Padang Guchil, tanah disewakan warga tempatan (Harian Metro, 16:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Bertahun etnik Rohingya usahakan ladang sireh di Kampung Padang Guchil, tanah disewakan warga tempatan

By Nor Fazlina Abdul Rahim · 18 Oct, 16:59 MYT

nfazlina@nstp.com.my

Tanah Merah: Hamparan ladang sireh seluas lebih dua hektar yang dipercayai diusahakan etnik Rohingya di Kampung Padang Guchil, di sini, sejak beberapa tahun lalu, menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.

Ladang yang dibina dengan junjung kayu secara tersusun itu difahamkan disewa daripada pemilik tanah yang berada di luar Kelantan pada kadar RM600 hingga RM1,000 bagi setiap hektar, sebelum hasilnya dijual kepada pemborong.

Jika sebelum ini, kawasan berkenaan seperti hutan terbiar, namun berubah menjadi ladang sireh sejak beberapa tahun lalu selepas disewakan kepada komuniti berkenaan.

Lebih membimbangkan, penduduk mendakwa, kehadiran etnik Rohingya di kampung berkenaan dan kawasan sekitar hanya bermula dengan sekitar 15 orang lebih 10 tahun lalu, namun kini didakwa meningkat hampir 100 orang.

Difahamkan, selain menyewa tanah untuk penanaman ladang sireh, komuniti itu turut menyewa kediaman penduduk pada kadar RM250 hingga RM300 sebulan.

Tinjauan di lokasi mendapati, ladang sireh berkenaan terletak berhampiran penempatan penduduk selain berdekatan dengan rumah sewa etnik Rohingya berkenaan.

Bagaimanapun, kawasan ladang sireh dan kediaman yang sedang dibina di kawasan berkenaan sudah disita pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak beberapa hari lalu berikutan terdapat pita keselamatan.

Sebaik menghampiri kawasan berkenaan, terdapat beberapa individu etnik berkenaan yang berada di hadapan rumah masing-masing sebelum dilihat berlari masuk ke dalam rumah selain ada yang berlari ke belakang kediaman.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan, 45, berkata, kehadiran etnik Rohingya di kampung berkenaan bermula hanya sekitar 15 orang sebelum jumlahnya bertambah setiap tahun.

"Sebagai penduduk kampung, kita bimbang sekiranya kehadiran mereka semakin bertambah, ia akan memberi kesan kepada keharmonian penduduk.

"Kita akui, bilangan komuniti yang makin bertambah itu disebabkan penduduk kampung sendiri yang sudi menyewakan kediaman kepada etnik Rohingya," katanya.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Karim, 55, mengatakan, mereka bimbang, ada kemungkinan jumlah etnik Rohingya terbabit terus bertambah, sebelum akhirnya menjadi majoriti di kawasan berkenaan.

"Apa akan jadi dalam tempoh 10 tahun lagi? Mungkin jumlah mereka akan bertambah, seterusnya menjadi lebih ramai daripada penduduk asal.

"Kita juga bimbang kawasan di kampung ini akan bertukar menjadi ladang sireh Rohingya sekiranya ia tidak dibendung daripada sekarang.

"Sebelum ini, kawasan penanaman sireh itu adalah kawasan hutan sebelum diusahakan menjadi ladang sireh," katanya.

Menurut Karim, hasil sireh itu dikatakan dijual kepada pemborong di Kota Bharu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Garry Belayong Anak John Siki ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan secara berkala di kampung berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati, etnik Rohingya di kampung berkenaan adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

"Apapun kita sentiasa membuat pemantauan berkala di kawasan berkenaan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:00
Latest 17:04 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 16:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.