Malaysian Attention Engine
Live wire
47Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City41Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah36General : Sabah's RM18.7 Bln Budget 2027 Allocation Not Solely For Development - Masidi35Politics : Melaka Polls: PH Candidates Must Build Strong Campaign Machinery - Ramanan35General : UNESCO Recognition Does Not Guarantee Silat's Survival - Saarani3421 Emas SUKMA, atlet Melaka tunggu imbuhan338,000 wanita meriahkan festival KLWRF 202632Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf32Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir30Kulusevski kembali selepas lebih 500 hari
NewUnconfirmedupdated 58 min ago

Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 21:25 MYTLatest activity 18 Oct, 21:49BMconfidence 62%

What happened

BUTTERWORTH : Berita baik buat 227 keluarga yang menetap di Kampung Manis, Perai di sini, apabila impian mereka untuk memiliki kediaman gantian termasuk rumah percuma bagi yang layak di bawah projek penempatan semula kampung itu kini semakin hampir menjadi kenyataan. (Utusan Malaysia, 21:25)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir

By ISWAN SHAFIQ ISA · 18 Oct, 21:25 MYT

BUTTERWORTH : Berita baik buat 227 keluarga yang menetap di Kampung Manis, Perai di sini, apabila impian mereka untuk memiliki kediaman gantian termasuk rumah percuma bagi yang layak di bawah projek penempatan semula kampung itu kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Hari ini, mereka yang terlibat telah mula menerima dokumen persetujuan untuk mengosongkan tapak daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) untuk ditempatkan semula di kediaman baharu di bawah program Rumah MutiaraKu (RMKu) yang melibatkan sebahagian Lot 286, Lot 65 dan Lot 67 di daerah Seberang Perai Tengah.

Daripada 227 keluarga yang terlibat pula, 174 daripada mereka yang masih menetap di situ akan menerima penempatan gantian secara percuma manakala selebihnya iaitu 53 keluarga lagi akan ditawarkan rumah pada harga serendah RM150,000 daripada kerajaan negeri menerusi perjanjian secara sewa beli.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S. Sundarajoo, rumah gantian yang akan ditawarkan kepada 174 keluarga itu berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi dan bernilai sekitar RM250,000; jauh lebih rendah daripada harga pasaran ketika ini iaitu antara RM350,000 hingga RM400,000.

“Mengikut perjanjian dengan pemaju, projek pembinaan penempatan baharu itu akan mengambil masa sehingga 24 bulan untuk disiapkan. Jadi, semua keluarga atau penduduk yang terlibat diminta untuk berpindah ke lokasi lain buat sementara waktu bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan selain mengelak daripada berlakunya kemalangan.

“Satu lagi berita baik yang saya ingin kongsikan di sini ialah, semasa kerja-kerja pembinaan tersebut dijalankan, pemaju akan tawarkan RM700 kepada setiap keluarga untuk membayar sewa bulanan di tempat lain sehingga rumah baharu mereka siap,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian & Penyerahan Surat Niat Kepada Penerima RMKu Bagi Tujuan Pengosongan Tapak serta Penempatan Semula Penghuni Kampung Manis di Dewan Serbaguna Chai Leng Park di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Datuk Azhar Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif LPNPP, Khairulnizam Hashim serta beberapa kenamaan lain.

Difahamkan, inisiatif kediaman gantian di bawah projek penempatan semula penduduk Kampung Manis itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui LPNPP dengan RAC bagi menangani isu penempatan yang telah berlarutan sekurang-kurangnya 70 tahun.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, secara keseluruhannya, projek penempatan semula Kampung Manis merangkumi perancangan sebanyak 338 unit kediaman untuk komuniti termasuk 174 unit gantian yang akan disediakan oleh RAC serta 53 unit untuk penerima tambahan yang akan diperuntukkan oleh LPNPP.

Beliau berkata, selain penempatan semula, pembangunan kawasan itu turut merangkumi pembinaan sebuah kondominium, pusat komersial, kemudahan pandu lalu (drive-thru), pangsapuri perkhidmatan serta fasiliti rekreasi termasuk kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium.

“Tahniah kepada semua penerima yang terlibat. Apapun, kejayaan pembangunan semula Kampung Manis ini bukan sekadar diukur melalui perubahan fizikal, tetapi, sejauh mana kita mampu memelihara kebajikan penduduk dan menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.-UTUSAN

The post Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 21:49 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 21:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    21:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.