
21 Emas SUKMA, atlet Melaka tunggu imbuhan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
21 Emas SUKMA, atlet Melaka tunggu imbuhan (Harian Metro, 21:55)
Read the reporting
1 report
21 Emas SUKMA, atlet Melaka tunggu imbuhan
sukan@hemtro.com.my
Ayer Keroh: Atlet dan jurulatih Melaka yang mengharumkan nama negeri menerusi kejayaan di pentas sukan kebangsaan serta antarabangsa bakal menerima insentif khas pada 27 Oktober ini.
EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, Datuk VP Shanmugam berkata, pemberian itu sebagai penghargaan terhadap pencapaian atlet selain mengiktiraf peranan jurulatih yang membimbing mereka hingga berjaya meraih pingat.
Menurut beliau, penyaluran insentif berkenaan sebelum ini mengalami kelewatan berikutan beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
"Pemberian imbuhan ini bukan saja membabitkan atlet. Malah turut diberikan kepada jurulatih yang melatih dan membimbing mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri Melaka 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Melaka (KOMBES), Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim dan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin.
Mengulas pencapaian atlet negeri, Shanmugam berkata kontinjen Melaka menunjukkan prestasi positif pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila berjaya melepasi sasaran 20 pingat emas yang ditetapkan.
Menurut beliau, kontinjen negeri membawa pulang keseluruhan 50 pingat menerusi 21 emas, 12 perak dan 17 gangsa manakala kontinjen Para SUKMA Melaka turut menyumbang empat pingat emas, 12 perak dan 18 gangsa.
Kata beliau, pada peringkat antarabangsa, seramai 27 atlet kelahiran Melaka yang mewakili negara pada Sukan SEA di Thailand menyumbang 10 pingat emas, enam perak dan 11 gangsa.
"Terdapat tujuh atlet para yang beraksi pada Sukan Para ASEAN meraih tiga pingat emas, lima perak dan tiga gangsa," katanya.
Dalam perkembangan lain, sambutan HSN peringkat negeri tahun ini menghimpunkan lebih 3,000 peserta menerusi lebih 30 aktiviti sukan dan rekreasi, termasuk sukan tradisional, e-sukan serta aktiviti inklusif untuk orang kurang upaya (OKU).
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro21:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.