
Dakwaan Rohingya guna pasport Bangladesh perlu disertai bukti
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KULIM: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan mengulas dakwaan bahawa etnik Rohingya memasuki Malaysia menggunakan pasport Bangladesh sebelum memperoleh kad pelarian di negara ini. (Utusan Malaysia, 10:17)
Read the reporting
1 report
Dakwaan Rohingya guna pasport Bangladesh perlu disertai bukti
KULIM: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan mengulas dakwaan bahawa etnik Rohingya memasuki Malaysia menggunakan pasport Bangladesh sebelum memperoleh kad pelarian di negara ini.
Beliau berkata, sebarang dakwaan terhadap perkara terbabit perlu disokong dengan bukti yang kukuh dan jelas sebelum dapat diberikan maklum balas.
“Saya tidak mahu memberi respons kepada khabar angin atau dakwaan. Kalau ada hujah yang kuat dan bukti yang jelas, barulah saya boleh memberi respons. Setakat ini, perkara itu tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya selepas Wacana Nasional Surah al-Hujurat di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas dakwaan warga Rohingya dikatakan memasuki Malaysia menggunakan pasport Bangladesh sebelum mendaftar sebagai pelarian di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Baru-baru ini, seorang pencipta kandungan memuat naik video tinjauannya ketika berada di Bangladesh yang memaparkan dakwaan seorang lelaki etnik Rohingya menggunakan pasport Bangladesh untuk keluar dan masuk ke Malaysia.
Dalam temu bual itu, lelaki terbabit mendakwa dia pada awalnya berada di Malaysia tanpa pasport atau dokumen perjalanan yang sah sebelum mendapatkan pasport Bangladesh melalui bantuan kedutaan dan pihak imigresen.
Dia turut mendakwa urusan mendapatkan dokumen itu dibantu ibu bapanya yang menetap di Bangladesh.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, mengasari dua anggota polis.
Beliau berkata, kertas siasatan mengandungi keterangan saksi serta bukti lain yang dikumpulkan sepanjang proses siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Itu prosedur siasatan biasa. Pada tahap ini, tidak ada ulasan daripada pihak saya melainkan saya serahkan kepada pihak berkenaan,” katanya.
Kelmarin, AGC dilaporkan telah memulangkan kertas siasatan berhubung insiden membabitkan Mohd. Shuhaily kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, beberapa aspek siasatan perlu diteliti dan dilengkapkan sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamadkan.- UTUSAN
The post Dakwaan Rohingya guna pasport Bangladesh perlu disertai bukti appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.