Malaysian Attention Engine
Live wire
64Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202757World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia54RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions50Belanjawan 2027: Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan46World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix44General : Budget 2027: RM20 Bln Boost For SJKP Guarantee Fund To Help More First-time Homebuyers - Nga43Penamatan sistem doktor kontrak perlu telus, garis masa jelas dan adil - Hartal Doktor Kontrak42Syarikat perladangan Malaysia di luar negara wajib patuhi undang-undang, cegah dan kawal kebakaran - KPK42General : Budget 2027: PTPTN Loan Repayments Deferred For Borrowers Earning Below RM2,50041General : Budget 2027: MYKOMUTER50, Free Passes And ECRL Phase 1 In Major Transport Boost
NewConfirmedupdated 6 h ago

Daniesh, pemain masa depan JDT - Tunku Mahkota Ismail

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
5
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 14:21 MYTLatest activity 9 Oct, 15:40BMconfidence 81%

What happened

KUALA LUMPUR: Selepas Safiq Rahim, Safawi Rasid dan Arif Aiman Hanapi, kini Daniesh Amirruddin bakal muncul bintang sensasi buat Johor Darul Ta'zim (JDT). (Berita Harian, 14:26)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Daniesh, pemain masa depan JDT - Tunku Mahkota Ismail

By Firdaus Hashim · 9 Oct, 14:26 MYT

KUALA LUMPUR: Selepas Safiq Rahim, Safawi Rasid dan Arif Aiman Hanapi, kini Daniesh Amirruddin bakal muncul bintang sensasi buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

Perkara itu turut diakui pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail yang menyifatkan Daniesh yang berusia 20 tahun adalah masa depan buat kelab skuad Harimau Selatan itu selepas ini.

Ternyata JDT tidak pernah ketandusan melahirkan bintang baharu dengan Daniesh mula mencuri perhatian menerusi aksi cemerlang bersama pasukan utama kelab itu.

Tunku Ismail memberi bayangan mengenai potensi pemain berusia 20 tahun itu menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial miliknya.

"Masa depan. 10 minit dua gol", tulisnya di laman story sosial medianya.

Kenyataan ringkas itu seolah-olah menggambarkan keyakinan terhadap kemampuan Daniesh untuk menjadi antara tonggak penting JDT pada masa akan datang, sekali gus meneruskan tradisi kelab itu melahirkan pemain muda berkaliber.

Sebelum ini, JDT menyaksikan beberapa nama besar muncul sebagai bintang bola sepak tempatan, bermula dengan Safiq Rahim sebelum Safawi Rasid mencipta nama dengan gelaran 'Superwi', diikuti Arif Aiman Hanapi yang kini menjadi antara pemain paling menyerlah negara.

Kini, Daniesh dilihat berpotensi mengikuti jejak mereka selepas mempamerkan sentuhan penyudah berbisa dalam dua penampilan bersama skuad utama JDT.

Terbaharu, pemain kelahiran Merlimau, Melaka itu mencuri tumpuan apabila meledak dua gol ketika JDT membelasah kelab Kemboja, PKR Svay Rieng 6-0 dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Lebih menarik, Daniesh hanya memerlukan seminit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk mencatat nama sebagai penjaring, sebelum sekali lagi menghukum pertahanan lawan menerusi gerakan bijak mencari ruang bagi menghasilkan gol keduanya.

Ketajaman di hadapan gawang itu bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba apabila Daniesh terlebih dahulu mencuri perhatian ketika membuat penampilan sulung bersama skuad utama JDT menentang UM Damansara dalam saingan Piala FA musim 2026/27 pada 8 September lalu.

Dalam perlawanan itu, dia turut meledak dua gol ketika JDT mencatat kemenangan besar 10-0, sekali gus memberikan petanda awal mengenai potensi dimilikinya.

Daniesh yang menyertai JDT pada 2024 kini semakin membuktikan dirinya mampu menjadi pilihan berharga buat pasukan, terutama ketika kelab itu terus memberi ruang kepada pemain muda untuk menyerlah di pentas kompetitif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow17:0020:00
Latest 22:34 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 14:26 MYT
Origin confidence 90% · 71 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:26

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Daniesh, pemain masa depan JDT - Tunku Mahkota Ismail
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Daniesh permata baharu JDT
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Daniesh, pemain masa depan JDT - Tunku Mahkota Ismail · Malaysian Attention Engine