
DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA: DAP Melaka mencabar kesahihan pindaan Perlembagaan Negeri Melaka yang membolehkan pelantikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Melaka. (Utusan Malaysia, 11:36)
Read the reporting
1 report
DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan
MELAKA: DAP Melaka mencabar kesahihan pindaan Perlembagaan Negeri Melaka yang membolehkan pelantikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Melaka.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, pihaknya turut memohon mahkamah mengisytiharkan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang diwartakan pada 27 Ogos lalu sebagai tidak berperlembagaan atas alasan bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
Beliau berkata, tindakan itu diambil bukan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin hampir, sebaliknya merupakan langkah yang telah dirancang sejak pindaan berkenaan diluluskan.
Katanya, pihaknya sebelum ini memaklumkan akan meneliti kemungkinan membawa perkara itu ke mahkamah dan menunggu pindaan tersebut diwartakan sebelum memulakan proses undang-undang.
“Selepas diluluskan pada 14 Julai, kita memang sudah menyatakan akan mengkaji dan membawa perkara ini ke mahkamah. Kita memantau proses pewartaan sebelum memulakan tindakan.
“Apabila melihat enakmen itu dipaparkan di laman web rasmi, kita terus memfailkan saman dan memulakan proses mahkamah. Jadi, tindakan ini bukan kerana pilihan raya semakin hampir,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan notis saman itu di Seri Negeri di sini, hari ini.
Menurut Poay Tiong, saman pemula itu difailkan pada 8 Oktober lalu bersama Adly Zahari yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, bagi memohon mahkamah memutuskan sama ada pindaan berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Melaka.
Menjelaskan asas cabaran berkenaan, Poay Tiong berkata, pelantikan sehingga tujuh ADUN tanpa melalui pilihan raya didakwa menjejaskan hak demokrasi rakyat untuk menentukan wakil mereka menerusi peti undi.
Menurutnya, pengundi akan memilih 28 ADUN dalam PRN Melaka pada 14 November ini, namun pindaan tersebut membolehkan sehingga tujuh lagi wakil dilantik tanpa mandat langsung daripada pengundi.
“Pengundi menggunakan kertas undi untuk menentukan 28 ADUN sahaja, tetapi dengan pindaan ini, kerajaan negeri boleh melantik tujuh ADUN tanpa melalui pilihan raya.
“Ketua Menteri mempunyai kuasa menentukan individu yang dilantik, selain boleh melucutkan pelantikan mereka pada bila-bila masa. Kita melihat perkara ini menghakis hak demokrasi rakyat dan pengundi,” katanya.
Beliau berkata, bantahan terhadap pindaan itu turut menjadi antara sebab lima ADUN Pakatan Harapan (PH) menarik sokongan daripada kerajaan negeri sebelum ini.
Terdahulu, beliau menyerahkan notis saman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Khairul Azreem Mamat sebagai sebahagian daripada proses tindakan undang-undang berkenaan.
Beliau berkata, penyerahan notis saman tidak dapat diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri apabila dimaklumkan mereka mempunyai urusan rasmi di Putrajaya.
Katanya, namun notis tersebut diserahkan kepada timbalannya berikutan pegawai berkenaan tiada di pejabat ketika penyerahan dibuat. – UTUSAN
The post DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:36
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Malaysiakini (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.