Malaysian Attention Engine
Live wire
56Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar50'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor46Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’43DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain42General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Business : DNB To Accelerate 5G Adoption, Drive Business Gains39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Abbe Hae didakwa ditahan polis36Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Deposit tender sekat kartel

Only social or community posts, or a single source.

Attention
28
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 10:03 MYTLatest activity 19 Oct, 10:58BMconfidence 56%

What happened

Deposit tender sekat kartel (Berita Harian, 10:03)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Deposit tender sekat kartel

19 Oct, 10:03 MYT

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Suzalina Halid

KUALA LUMPUR: Amalan kartel yang menjejaskan persaingan sihat dan peluang kontraktor tulen mendapatkan projek kerajaan mendorong Kementerian Kerja Raya (KKR) mempertimbang deposit tender bagi semua projek kerajaan bernilai RM10 juta dan ke atas.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata mekanisme itu bertujuan menangani masalah kartel yang sekian lama dibangkitkan persatuan kontraktor, selain memastikan hanya kontraktor benar-benar berkemampuan dan berwibawa menyertai tender kerajaan.

Menjelaskan mekanisme itu kepada BH, beliau berkata, cadangan berkenaan bukan bertujuan membebankan kontraktor, sebaliknya untuk membantu melindungi mereka daripada menjadi mangsa amalan kartel dan persaingan tidak sihat dalam industri pembinaan.

"Cadangan ini sudah dikaji secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk keperluan memastikan hanya kontraktor yang benar-benar berkemampuan dan berwibawa menyertai proses tender kerajaan.

"Inilah antara perkara yang selama ini dibangkitkan persatuan kontraktor dan kini kita sedang berusaha mencari penyelesaian yang berkesan," katanya menambah KKR bagaimanapun terbuka untuk menambah baik mekanisme berkenaan, termasuk menimbang pengurangan kadar deposit bagi memastikan pelaksanaannya munasabah dan tidak membebankan kontraktor tulen.

Berdasarkan pemakluman kaji selidik KKR kepada kontraktor G7 yang dilihat BH, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mendapatkan maklum balas berhubung cadangan pelaksanaan deposit tender bagi projek kerajaan bernilai RM10 juta dan ke atas.

Nilai deposit dicadangkan, RM100,000 bagi projek bernilai RM10 juta hingga RM50 juta, projek RM50 juta hingga RM100 juta (RM200,000), projek RM100 juta hingga RM200 juta (RM300,000), projek RM200 juta hingga RM500 juta (RM400,000) dan projek melebihi RM500 juta (RM500,000).

Menurut sumber persatuan kontraktor, wang deposit berkenaan dijangka dikembalikan selepas keputusan tender dibuat, yang boleh mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

Sementara itu, Nanta Linggi berkata, kementerian mengambil maklum kebimbangan serta pandangan persatuan kontraktor, khususnya berhubung kadar deposit yang dicadangkan dan implikasinya terhadap kedudukan kewangan syarikat.

"Kita dengar keluhan mereka sebelum ini mengenai kartel dan kita juga bersedia mendengar pandangan mereka sekarang mengenai mekanisme yang dicadangkan untuk menanganinya.

"Pada prinsipnya, kita berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme deposit tender ini kerana matlamat untuk membendung gejala kartel tidak boleh dikompromi, namun kita bersedia mempertimbangkan pengurangan.

"Kaedah pelaksanaannya boleh diperhalusi, kadar deposit boleh dipertimbangkan semula, tetapi usaha membanteras kartel mesti diteruskan," katanya menegaskan mekanisme yang berkesan diperlukan bagi membendung amalan kartel, namun pelaksanaannya perlu praktikal dengan mengambil kira kemampuan serta realiti dihadapi pemain industri.

Bela nasib kontraktor sah

Katanya, pendirian KKR adalah jelas, iaitu membanteras kartel tanpa membebankan kontraktor yang menjalankan perniagaan secara sah dan berintegriti.

Beliau berkata, isu kartel bukan perkara baharu dalam industri pembinaan, malah persatuan kontraktor sendiri sebelum ini membangkitkan kesannya terhadap pemain industri, termasuk kontraktor kecil dalam kategori G1 hingga G4.

"Kita sudah mendengar keluhan mereka dan mengambil serius perkara ini kerana kita sedar amalan kartel bukan sahaja mewujudkan persaingan tidak sihat, malah menjejaskan peluang kontraktor yang tulen untuk bersaing secara adil," katanya.

Tambahnya, KKR mahu memastikan industri pembinaan negara terus berkembang dalam ekosistem yang sihat, telus dan berdaya saing, selain melindungi kepentingan kontraktor yang benar-benar berkelayakan dan berintegriti.

Beliau percaya persatuan kontraktor turut berkongsi aspirasi kerajaan untuk mewujudkan industri pembinaan yang bebas daripada amalan kartel dan persaingan tidak sihat.

Sehubungan itu, Nanta Linggi berharap semua pihak dapat memberikan pandangan bagi memperhalusi kaedah pelaksanaan deposit tender berkenaan tanpa mengetepikan usaha menangani masalah yang sekian lama membelenggu industri pembinaan.

Untuk rekod, Belanjawan 2027 dibentang 9 Oktober lalu memperuntukkan RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, manakala nilai perolehan kepada kontraktor Bumiputera gred G1 hingga G4 ditingkatkan kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion tahun ini.

Bagi projek penyelenggaraan, pembaikan dan penambahbaikan fasiliti kerajaan, had perolehan lantikan terus dibenarkan sehingga RM200,000, manakala sebut harga dibenarkan sehingga RM3 juta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 42first news pick-upNEWnow11:00
Latest 11:10 MYT
28New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 10:03 MYT
Origin confidence 90% · 55 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Deposit tender sekat kartel
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.