Malaysian Attention Engine
Live wire
42General : Dr Mahathir Touched By Unceasing Prayers For Dr Siti Hasmah, Thanks Everyone41Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar39General : Fahmi Condemns Cyberbullying Of UM Student, Urges Victims To Lodge Reports39Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor36Allah ganti lebih baik – Janna Nick sebak kenang Bella Astillah menangis di majlisnya dua tahun lalu35'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat35Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak35Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare34Polis tahan pengasuh bantu siasatan kes bayi meninggal dunia34Malaysia offers fire-fighting aid to Indonesia34World : Russian, Iranian Foreign Ministers Hold Talks In Tehran34Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

DHAS diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi sistem penjejakan kenderaan pintar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 19:41 MYTLatest activity 19 Oct, 19:41BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM: DRB-HICOM Auto Solutions Sdn. Bhd. (DHAS) mencipta pencapaian penting apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records menerusi pelaksanaan Sistem Penjejakan Kenderaan Pintar Dalam Kawasan Operasi Terbesar melalui DHAS Vehicle Tracking System (DVTS). (Utusan Malaysia, 19:41)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

DHAS diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi sistem penjejakan kenderaan pintar

By MEDIA MULIA · 19 Oct, 19:41 MYT

SHAH ALAM: DRB-HICOM Auto Solutions Sdn. Bhd. (DHAS) mencipta pencapaian penting apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records menerusi pelaksanaan Sistem Penjejakan Kenderaan Pintar Dalam Kawasan Operasi Terbesar melalui DHAS Vehicle Tracking System (DVTS).

Pengiktirafan itu mencerminkan usaha berterusan syarikat berkenaan dalam memperkukuh pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan operasi logistik automotif.

DVTS yang dibangunkan secara tempatan menggunakan teknologi rangkaian kawasan luas jarak jauh (LoRaWAN), peranti penjejakan berasaskan Sistem Kedudukan Global (GPS), teknologi geofencing serta pemantauan digital berpusat.

Gabungan teknologi itu membolehkan lokasi dan pergerakan kenderaan di kawasan operasi dipantau dengan lebih menyeluruh dan tepat.

Pelaksanaan sistem berkenaan mengurangkan kebergantungan terhadap kaedah penjejakan manual, mempercepat proses mengenal pasti kenderaan serta meningkatkan ketepatan rekod pergerakan kenderaan.

Penambahbaikan itu turut membantu mempercepat proses penghantaran kenderaan kepada pelanggan.

DVTS telah dilaksanakan di kawasan pusat pemprosesan kenderaan DHAS di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah, Selangor dan Pekan, Pahang.

Di PKFZ, sistem berkenaan digunakan untuk memantau serta menyelaraskan pergerakan kenderaan di kawasan seluas kira-kira 33 ekar, bersamaan sekitar 80 padang bola sepak.

Pemantauan merangkumi beberapa zon operasi yang ditetapkan, termasuk penerimaan, penyimpanan, pemprosesan dan penghantaran kenderaan.

Selain itu, DVTS menyediakan papan pemuka digital, pelaporan dan analisis data bagi membantu perancangan sumber, proses membuat keputusan operasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif DHAS, Fawzi Ahmad berkata, pengiktirafan Malaysia Book of Records itu merupakan pencapaian penting yang akan mendorong syarikat berkenaan mempergiat usaha memperkukuh operasi melalui penggunaan teknologi.

“DVTS membolehkan kami menguruskan kenderaan dengan lebih cekap dan tepat, di samping meningkatkan keterlihatan operasi secara menyeluruh.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan rakan perniagaan,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan itu turut menggalakkan DHAS meneruskan usaha pendigitalan bagi memperkukuh keupayaan logistik automotif syarikat.

DHAS akan terus meneroka penggunaan automasi dan penyelesaian digital bersepadu bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

Usaha itu dijangka terus menyokong penambahbaikan proses pengurusan kenderaan, khususnya dari segi pemantauan, penyelarasan pergerakan dan penghantaran kepada pelanggan.

The post DHAS diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi sistem penjejakan kenderaan pintar appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:00
Latest 20:06 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 19:41 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    19:41

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.