
Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MUMBAI: Pelakon Bollywood, Tiger Shroff dilapor terselamat daripada cubaan menembak apabila kenderaan dinaikinya menjadi sasaran beberapa lelaki bersenjata dalam kejadian di Juhu di sini, semalam. (Berita Harian, 08:34)
Read the reporting
2 reports
Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak
MUMBAI: Pelakon Bollywood, Tiger Shroff dilapor terselamat daripada cubaan menembak apabila kenderaan dinaikinya menjadi sasaran beberapa lelaki bersenjata dalam kejadian di Juhu di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, tiga lelaki yang menaiki motosikal dilapor melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan pelakon filem aksi itu ketika peminat berkumpul untuk melihatnya.
Tiger, bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandunya dilaporkan cedera di tangan. Seorang lagi kakitangan turut dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan, lapor Gulf News.
Bapa Tiger yang juga pelakon veteran, Jackie Shroff, mengesahkan anaknya berada dalam keadaan selamat dan sedang berada di balai polis bagi membantu siasatan.
"Semua okay. Tiger berada di balai polis. Dia tidak cedera. Pemandunya cedera di tangan," katanya ketika dihubungi Rediff.
Sebelum kejadian, Tiger dilaporkan menyertai perlawanan bola sepak di Pushpa Park, Juhu, bersama beberapa selebriti industri perfileman dan televisyen (TV).
Antara yang turut menyertai perlawanan itu ialah pelakon Aparshakti Khurana dan Abhimanyu Dassani, koreografer Caesar Gonsalves serta pelakon TV, Abhishek Bajaj dan Karanveer Mehra.
Seramai 18 pemain dilapor mengambil bahagian dalam perlawanan berkenaan, manakala beberapa peserta masih berada di padang ketika insiden tembakan berlaku.
Karanveer yang berada di lokasi kejadian berkata, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat kesan darah selepas meninggalkan kawasan berkenaan.
"Kereta saya berada betul-betul di belakang. Ketika kereta saya melepasi pintu keluar, saya hanya nampak kesan darah dan mendapat tahu pemandu Tiger ditembak.
"Saya bersyukur Tiger selamat, tetapi hati saya bersama pemandunya dan saya berharap dia segera pulih," katanya kepada NDTV.
Karanveer berkata, keadaan pada mulanya mengelirukan kerana adanya kanak-kanak menghadiri majlis hari jadi dan orang ramai turut berkumpul untuk mengambil gambar. Bunyi tembakan pada awalnya disangka bunyi bunga api sebelum mereka menyedari kejadian itu serius.
Beliau turut menyifatkan insiden berkenaan sebagai pengalaman traumatik, apatah lagi mengenali Tiger sejak sekian lama serta rapat dengan keluarganya.
Sementara itu, satu hantaran media sosial yang dikaitkan dengan kumpulan Lawrence Bishnoi dilaporkan mendakwa bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.