
'Di KLIA pun tak ada kedai buku, macam mana nak promosikan Malaysia?'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia dihimpit 'kemiskinan budaya' susulan kurangnya usaha agresif untuk membina jenama negara berteraskan kekayaan budaya dan peradaban, selain memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. (Berita Harian, 16:45)
Read the reporting
1 report
'Di KLIA pun tak ada kedai buku, macam mana nak promosikan Malaysia?'
KUALA LUMPUR: Malaysia dihimpit 'kemiskinan budaya' susulan kurangnya usaha agresif untuk membina jenama negara berteraskan kekayaan budaya dan peradaban, selain memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Pengarah Pusat Kajian Ketamadunan Melayu-Islam, Institut Pemikiran Peradaban Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, berkata keadaan itu antara faktor karya, citra budaya dan warisan tamadun Melayu sukar menembusi pasaran antarabangsa.
Beliau berkata, kesedaran masyarakat semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya usaha bersepadu perlu digerakkan dengan komitmen semua pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta, kedutaan Malaysia di luar negara dan institusi berkaitan.
Memberikan contoh, Ahmad Murad berkata, ketiadaan kedai buku yang menjual karya penulis tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menunjukkan peluang untuk mempromosikan budaya, tamadun dan bahasa Melayu kepada pelancong antarabangsa belum dimanfaatkan sepenuhnya.
"Di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 serta semua lapangan terbang di Malaysia, tidak ada satu pun kedai buku. Ini menunjukkan kita berada dalam situasi kemiskinan budaya.
"Keadaan ini berbeza dengan lapangan terbang di Indonesia, misalnya Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta berhampiran Jakarta dan lapangan terbang di Padang, yang mempunyai kedai buku.
"Ini antara kesilapan pihak pengurusan lapangan terbang di negara kita. Mentalitinya ialah penumpang kapal terbang tidak membaca buku Melayu, sedangkan ruang ini boleh dimanfaatkan untuk mempromosikan karya tempatan berbahasa Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Forum Peradaban Melayu Mewajah Dunia: Memperkasa Warisan, Membina Identiti Bangsa, sempena Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAAABM) 2026 di Hotel Seri Pacific, di sini, hari ini.
Forum itu turut menampilkan Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof Dr Salinah Ja'afar.
Mengulas lanjut, Ahmad Murad berkata, antara langkah penting untuk mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa ialah memastikan pegawai kedutaan yang bertugas di luar negara mengikuti kursus komprehensif berkaitan budaya dan ketamadunan Melayu.
Beliau berkata, pegawai Kementerian Luar dan kakitangan kedutaan perlu diberikan pendedahan sewajarnya supaya mereka dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam memperkenalkan warisan negara kepada masyarakat antarabangsa.
"Ini juga antara masalah yang kita hadapi sekarang. Jika mahu menyebarluaskan peradaban kita, pihak kedutaan dan Kementerian Luar Negeri perlu diberikan orientasi yang sewajarnya.
"Antaranya, pegawai kementerian dan kedutaan mesti menjalani kursus berkaitan budaya dan tamadun. Ini satu daripada langkah penting untuk membina jenama Malaysia secara proaktif," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.