
Di mana Abdul Aziz? Keluarga bimbang warga emas tak pulang sejak Ahad lalu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Di mana Abdul Aziz? Keluarga bimbang warga emas tak pulang sejak Ahad lalu (Harian Metro, 10:24)
Read the reporting
1 report
Di mana Abdul Aziz? Keluarga bimbang warga emas tak pulang sejak Ahad lalu
am@hmetro.com.my
Kulim: "Kami risau keadaan ayah, lebih-lebih lagi dia ada masalah ingatan," kata Syazwani Abdul Aziz, 30, susulan kehilangan bapanya, Abdul Aziz Ali, 67, yang dilaporkan gagal dikesan selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Air Puteh, Serdang, Bandar Baharu, sejak Ahad lalu.
Warga emas yang dipercayai menuju ke Kulim dengan menaiki sebuah skuter itu sehingga kini masih belum pulang, sekali gus mencetuskan kebimbangan ahli keluarga memandangkan kesihatan dan ingatan mangsa yang kurang memuaskan.
"Ayah keluar rumah kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki skuter Avantis berwarna kuning kelabu bernombor pendaftaran PPK8571 untuk ke kedai tak jauh dari rumah.
"Penduduk kampung maklumkan ayah ada beritahu mereka yang dia mahu ke Kulim. Kami syak ayah mungkin balik rumah untuk tukar baju sebelum keluar semula sebab baju yang dipakainya pada pagi itu ada di rumah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Syazwani berkata, ketika kejadian, tiada sesiapa berada di rumah kerana kakaknya menemani ibu mereka mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Lubuk Buntar, manakala adiknya keluar bekerja.
Katanya, pada kebiasaan ayahnya hanya keluar ke masjid berhampiran untuk solat berjemaah.
"Kami dapat beberapa maklumat mengenai kemungkinan ayah berada di Kulim, termasuk berhampiran sebuah bank.
"Kami pergi ke sana tetapi gagal menemukan ayah. Hanya Allah yang tahu betapa kami bimbang dengan keadaan dia," katanya.
Menurut Syazwani laporan polis berhubung kehilangan Abdul Aziz dibuat di Balai Polis Serdang, Bandar Baharu, pada pagi Isnin lalu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Abdul Aziz diminta menghubungi Syazwani menerusi talian 011-26631311.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.