
Diaspora Melayu aset diplomasi budaya Malaysia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Diaspora Melayu aset diplomasi budaya Malaysia (Berita Harian, 12:15)
Read the reporting
2 reports
Diaspora Melayu aset diplomasi budaya Malaysia
Oleh Hannah Norbaqqa Syarul
KUALA LUMPUR: Diaspora Melayu berpotensi menjadi aset diplomasi budaya Malaysia dalam memperluas pengaruh bahasa, seni, adat dan warisan Melayu di peringkat antarabangsa.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata diaspora Melayu membawa bersama identiti dan warisan budaya yang mampu menghubungkan masyarakat merentasi sempadan negara.
"Jika diplomasi rasmi menghubungkan kerajaan, diplomasi budaya pula menghubungkan manusia," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Melayu Diaspora 2026 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, di sini, hari ini.
Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Muzium Malaysia, Mohamad Shawali Badi; Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia, Mohd Razaimi Hamat serta Presiden Persatuan Melayu Polinesia Sedunia, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.
Aaron berkata, jejak masyarakat Melayu bukan hanya tertumpu di rantau Alam Melayu, malah dapat ditemukan di beberapa negara termasuk Australia dan Afrika Selatan.
Katanya, komuniti Melayu di Kepulauan Cocos, Australia misalnya, masih mengekalkan identiti, kehidupan kampung, amalan Islam dan tradisi masyarakat mereka, manakala masyarakat Cape Malay di Afrika Selatan turut mewarisi pengaruh bahasa serta kebudayaan Melayu sejak lebih 300 tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini belum terdapat pangkalan data antarabangsa yang seragam dan komprehensif bagi merekodkan jumlah diaspora Melayu di seluruh dunia berdasarkan etnik.
"Keadaan ini menunjukkan masih terdapat ruang yang besar untuk kita memperkukuh dokumentasi, penyelidikan dan pemetaan diaspora Melayu secara lebih sistematik," katanya.
Beliau berkata, data Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN DESA) menerusi International Migrant Stock 2020 merekodkan seramai 1.86 juta diaspora Malaysia di seluruh dunia.
"Bagaimanapun, angka itu merujuk kepada diaspora Malaysia secara keseluruhan dan bukan khusus kepada diaspora Melayu.
"Dalam pada itu, bahasa Melayu mempunyai sejarah panjang sebagai bahasa perhubungan dan pentadbiran di Alam Melayu, termasuk sejak zaman Sriwijaya pada abad ketujuh Masihi," katanya.
Beliau berkata, kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadi asas pembentukan bahasa bersama dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan latar budaya.
"Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus memainkan peranan dalam memelihara dan memperkasa warisan persuratan Melayu, termasuk manuskrip Melayu, koleksi nadir, bahan bercetak dan sumber digital," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.