Malaysian Attention Engine
Live wire
41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas41Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh40Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat40Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok39Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202738General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution38General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions38RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202738Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202737Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC36Mampukah skuad remaja mendakap gelaran dunia?
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Diharuskan, ada sandaran sunah Rasulullah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 07:04 MYTLatest activity 10 Oct, 07:04BMconfidence 60%

What happened

Pengulas mengenai tindakan seorang tokoh agama menunaikan solat jenazah di sisi pusara selepas pengebumian yang tular baru-baru ini, kami berpandangan bahawa perbuatan tersebut mempunyai sandaran yang jelas daripada sunah Rasulullah SAW dan tidak seharusnya dipertikaikan sebagai amalan menyalahi syariat. (Harian Metro, 07:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Diharuskan, ada sandaran sunah Rasulullah

By Sahibus Samahah Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman · 10 Oct, 07:04 MYT

Pengulas mengenai tindakan seorang tokoh agama menunaikan solat jenazah di sisi pusara selepas pengebumian yang tular baru-baru ini, kami berpandangan bahawa perbuatan tersebut mempunyai sandaran yang jelas daripada sunah Rasulullah SAW dan tidak seharusnya dipertikaikan sebagai amalan menyalahi syariat.

Dalam Mazhab al-Syafii, seseorang yang belum berkesempatan menunaikan solat jenazah sebelum pengebumian disunatkan menunaikannya di sisi kubur selepas pengebumian walaupun jenazah berkenaan telah disolatkan oleh orang lain.

Isu pelaksanaan solat jenazah di kawasan perkuburan yang menjadi perhatian masyarakat perlu dilihat secara ilmiah berdasarkan dalil dan pandangan ulama bukan semata-mata berdasarkan persepsi atau rakaman video yang tular di media sosial.

Masyarakat perlu memahami bahawa hukum solat jenazah mempunyai beberapa perincian yang berbeza daripada solat fardu dan solat sunat yang lain, khususnya apabila dilaksanakan di kawasan perkuburan.

Solat jenazah di perkuburan mempunyai sandaran sunah

Pada asasnya, ada hadis yang melarang umat Islam menjadikan kubur sebagai tempat menunaikan solat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seluruh bumi ialah tempat solat kecuali kawasan perkuburan dan tempat mandi." (Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi)

Bagaimanapun, larangan ini tidak boleh difahami secara mutlak sehingga merangkumi semua jenis solat tanpa pengecualian.

Hal ini kerana terdapat hadis sahih yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menunaikan solat jenazah di atas kubur seseorang yang telah dikebumikan.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bertanyakan tentang seorang wanita yang biasa membersihkan masjid. Selepas dimaklumkan bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia dan dikebumikan, baginda SAW meminta supaya ditunjukkan kuburnya. Kemudian baginda mendatangi kubur tersebut lalu menunaikan solat jenazah ke atasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadis tersebut dalil yang jelas bahawa solat jenazah di atas kubur selepas pengebumian adalah disyariatkan.

Menurut Mazhab al-Syafii, sembahyang jenazah di atas kubur adalah perkara diharuskan kepada seseorang yang belum menunaikan solat jenazah terhadap si mati, tertakluk kepada perincian hukum yang dibincangkan oleh para fuqaha.

Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab membincangkan keharusan menunaikan solat jenazah di atas kubur berdasarkan hadis sahih yang berkaitan.

Justeru, seseorang yang tidak sempat menunaikan solat jenazah sebelum pengebumian boleh menunaikannya di atas kubur selepas jenazah dikebumikan, menurut ketetapan dan perincian Mazhab al-Syafii.

Perbuatan ini tidak sewajarnya dianggap sebagai bidaah atau amalan yang bercanggah dengan sunah secara mutlak.

Bezakan solat jenazah sebelum dan selepas pengebumian

Sekiranya jenazah belum dikebumikan, hukum solat jenazah di kawasan perkuburan perlu diperincikan berdasarkan keadaan tempat dan kedudukan jenazah.

Pelaksanaan solat jenazah di kawasan perkuburan mempunyai asas keharusan dalam perbahasan fiqh, namun tempat yang lebih sesuai dan terpelihara daripada kekeliruan hendaklah diutamakan.

Jangan mudah menghukum sesuatu amalan sebagai bidaah

Kami ingin menasihatkan masyarakat supaya tidak tergesa-gesa mempertikaikan sesuatu amalan ibadah hanya kerana ia kelihatan berbeza daripada kebiasaan setempat.

Dalam persoalan fiqh, terdapat amalan yang mempunyai sandaran daripada hadis sahih dan perbahasan ulama, meskipun tidak dilakukan secara meluas oleh sebahagian masyarakat.

Sikap mudah menyalahkan sesuatu amalan tanpa memahami dalil dan perincian hukum boleh menimbulkan kekeliruan serta perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Kesimpulannya, solat jenazah di atas kubur selepas pengebumian adalah diharuskan dan mempunyai sandaran yang sahih daripada sunah Rasulullah SAW.

Masyarakat hendaklah merujuk kepada pihak berautoriti dalam menentukan hukum sesuatu amalan dan tidak menjadikan media sosial sebagai satu-satunya sumber penilaian agama.

Dalam menguruskan kematian, perkara yang lebih utama ialah memastikan hak jenazah disempurnakan, penghormatannya dipelihara dan ahli keluarganya diberikan sokongan serta doa.

Penulis Mufti Pulau Pinang

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:00
Latest 09:08 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 07:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Diharuskan, ada sandaran sunah Rasulullah
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Diharuskan, ada sandaran sunah Rasulullah · Malaysian Attention Engine