
'Diplomasi Sang Kancil' kekalkan autonomi strategik Malaysia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
'Diplomasi Sang Kancil' kekalkan autonomi strategik Malaysia
DUNIA mengimbau ulang tahun peristiwa Taufan Al-Aqsa pada pertama kali dilancarkan tiga tahun lalu pada tanggal 7 Oktober 2023. Peristiwa itu menjadi detik penting merakamkan perubahan landskap geopolitik Asia Barat mendadak sehingga kini.
Pembantaian yang berlaku di Gaza dan bumi Palestin hingga kini menghasilkan ledakan peningkatan konflik berantai merentas sempadan bermula daripada Lubnan, Yaman, Iran dan Syria, hinggalah kepada rangkaian ekonomi dunia.
Di Lubnan, Hizbullah membuka front utara untuk menyokong Gaza, sebelum Israel melancarkan operasi darat pada Oktober 2024. Meskipun gencatan senjata dicapai pada November, pertempuran sempadan berterusan hingga 2026.
Di Yaman, Houthi menyerang Israel dengan dron dan peluru berpandu pada Oktober 2023 sebelum menyasarkan kapal komersial di Laut Merah mulai November, mengganggu laluan Asia-Eropah. Penguasaan kawasan pesisir strategik seperti Mocha, Pulau Perim dan Bab al-Mandab turut meningkatkan keupayaan mereka mempengaruhi koridor perdagangan utama dunia.
Di Syria, ketidakstabilan perang Gaza dan persaingan Israel-Iran, selain perang saudara memuncak dengan kejatuhan Presiden Basyar al-Assad pada Disember 2024. Kenaikan Ahmad al-Sharaa pula tidak menamatkan kerentanan Syria terhadap percaturan Israel, Iran dan aktor serantau lain.
Sementara itu, Iran beralih daripada konfrontasi tidak langsung melalui sekutunya kepada pertukaran serangan langsung dengan Israel pada 2024 hingga serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel pada 2026 terhadap Iran mencetuskan tindak balas Tehran dan gangguan serius di Selat Hormuz, laluan yang membawa kira-kira satu perlima minyak dan cecair gas asli dunia.
Konflik Gaza, Lubnan dan Iran memperlihatkan kemunafikan semakin ketara dalam pelaksanaan rule of law antarabangsa, apabila pelaksanaannya ditentukan kuasa hegemoni AS dan pakatannya.
Misalnya, walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 26 Januari 2024 mengarahkan Israel mengambil semua tindakan dalam kuasanya untuk mencegah perbuatan dilarang di bawah Konvensyen Genosid, menghalang hasutan serta membolehkan bantuan kemanusiaan tetapi tidak ada penguatkuasaan disebabkan tiada mekanisme jelas.
Di Lubnan, pertukaran serangan Israel-Hizbullah sejak 8 Oktober 2023 pula berulang kali melanggar Resolusi 1701, termasuk pencerobohan ruang udara dan serangan rentas Garisan Biru, tetapi pelanggaran berterusan itu tidak diterjemahkan kepada tindakan berkesan oleh badan antarabangsa.
Kemunafikan ini semakin terserlah apabila AS menggunakan veto pada 8 Disember 2023 untuk menggagalkan resolusi gencatan senjata kemanusiaan di Gaza dan sekali lagi pada 20 November 2024 untuk menolak resolusi yang menerima 14 daripada 15 undi Majlis Keselamatan.
Dalam kes Iran, serangan Israel terhadap kompleks diplomatik Iran di Damsyik pada 1 April 2024 dan kemudian terhadap sekolah di Minab pada 28 Februari 2026 tidak mendorong Majlis mengeluarkan sebarang resolusi atau kenyataan. Rule of law dicanang sangat memilih bulu hingga wibawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan keyakinan dunia terhadap aturan antarabangsa didalangi hegemoni AS semakin terhakis.
Kelebihan tidak jadikan Malaysia kekal kebal
Asia Tenggara mungkin jauh dari Asia Barat secara geografi, namun ekonomi Malaysia juga terkesan melalui rangkaian perdagangan, tenaga dan kewangan global. Pada 30 Mac 2026, Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan kesan konflik bergantung pada tempoh perang, tahap kerosakan terhadap infrastruktur tenaga dan sejauh mana gangguan logistik global berlaku.
Harga minyak dan premium insurans perkapalan meningkat boleh menaikkan kos pengeluaran lalu menyebabkan inflasi. BNM turut merekodkan harga minyak pernah melepasi AS$100 satu tong pada 9 Mac 2026, meningkat lebih 40 peratus dalam sembilan hari selepas konflik memuncak pada akhir Februari 2026.
Sekatan berterusan di Selat Hormuz dan laluan maritim lain boleh melambatkan bekalan bahan mentah, meningkatkan tambang pengangkutan serta keperluan modal kerja syarikat, lalu menekan sektor pembuatan, logistik, pertanian dan pengedaran makanan sebelum kos berkenaan dipindahkan beransur-ansur kepada rakyat.
Walaupun Malaysia mempunyai sedikit penampan melalui eksport gas asli cecair dan petroleum, tetapi kelebihan berkenaan tidak menjadikan Malaysia kebal selamanya. Pada 2025, Malaysia mengimport petroleum mentah dan kondensat bernilai RM54.11 bilion, dengan 69 peratus daripadanya datang dari Asia Barat.
Krisis berlanjutan boleh meningkatkan tekanan fiskal kerajaan untuk mengekalkan mekanisme subsidi bahan api bersasar. Unjuran RAM Ratings menunjukkan bahawa jika harga minyak mentah kekal sekitar AS$100-AS$120 satu tong, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berpotensi susut sekitar 0.3 hingga 0.5 mata peratusan secara tahunan.
Asia Tenggara turut menjadi gelanggang persaingan AS-China, dengan Laut China Selatan sebagai medan pertikaian kedaulatan, keselamatan laluan dagang dan kepentingan tenaga. Bagi Malaysia, kehadiran Pengawal Pantai China di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia, terutama Beting Patinggi Ali atau Luconia Shoals memberi ancaman kedaulatan yang signifikan.
Gangguan terhadap kawasan ZEE Malaysia yang menyumbang sumber tenaga penting meningkatkan risiko gangguan komersial, insiden di laut dan boleh mengheret kuasa luar ke dalam krisis kedaulatan negara.
Persaingan melalui teknologi, tarif, kawalan eksport dan perebutan rantaian bekalan semikonduktor turut membawa risiko pematuhan kawalan eksport, ketidaktentuan pasaran dan tekanan untuk memilih blok ekonomi memandangkan Malaysia adalah hab utama pemasangan, ujian dan pembungkusan cip yang menerima perhatian dua kuasa besar berkenaan.
Dalam persekitaran geopolitik semakin gawat, ketahanan Malaysia tidak bergantung pada kekuatan ketenteraan semata-mata. Hakikatnya, ia terletak pada kelangsungan keamanan domestik, institusi yang berfungsi dan dasar luar yang bebas serta pragmatik.
Malaysia mengamalkan hedging menerusi 'diplomasi Sang Kancil' dengan cara memperluas kerjasama ekonomi dengan China, mengekalkan hubungan keselamatan dan teknologi dengan AS serta menggunakan ASEAN sebagai platform penyelesaian melalui dialog, undang-undang antarabangsa dan kesepakatan serantau.
Pendekatan ini usaha mengekalkan autonomi strategik agar Malaysia tidak dipaksa memilih blok dalam persaingan kuasa besar.
Kestabilan dalaman pula ialah kunci kelangsungan diplomasi berkenaan. Negara yang aman, mempunyai institusi diyakini dan masyarakat tidak terjerumus dalam polarisasi lebih mampu menarik pelaburan, melindungi rantaian bekalan, mengurus kejutan kenaikan harga tenaga, dan bercakap soal kemanusiaan di pentas antarabangsa secara konsisten.
Sebaliknya, perpecahan politik, ketegangan kaum atau penyebaran kebencian akan mengecilkan ruang tawar-menawar Malaysia serta menjadikan negara lebih terdedah kepada ancaman luar.
Walaupun rakyat Malaysia memiliki perbezaan, ia tidak menghalang untuk bersama-sama mempertahankan keamanan, prinsip Perlembagaan dan kedaulatan negara, serta menyokong diplomasi yang berprinsip. Dalam dunia gawat, perpaduan nasional ialah aset strategik mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara stabil, dipercayai dan berupaya menentukan haluannya sendiri.
Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.