Malaysian Attention Engine
Live wire
50Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202747Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46Jerebu rentas sempadan: ISWAMI Malaysia gesa tindakan segera, menyeluruh44Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar43Business : KLIA To Conduct Full-scale Emergency Exercise On Wednesday – MAHB43Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara42General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke42Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta40Loke announces Khazanah to restore KL Railway Station and KTMB HQ, hopes to see end of asset sale claims40AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say39Budget 2027 'sweeteners' won't determine voters' choice - Hamzah38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

MyLapor mudahkan aduan kesalahan merokok

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 16:49 MYTLatest activity 12 Oct, 16:49BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Sistem MyLapor mula beroperasi hari ini sebagai saluran aduan digital bagi membolehkan orang awam melaporkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). (Utusan Malaysia, 16:49)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

MyLapor mudahkan aduan kesalahan merokok

By .JOHANNA MUMTAZ WANPA · 12 Oct, 16:49 MYT

PETALING JAYA: Sistem MyLapor mula beroperasi hari ini sebagai saluran aduan digital bagi membolehkan orang awam melaporkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, MyLapor dibangunkan bagi memudahkan pelaporan kesalahan di bawah Akta 852 oleh orang awam serta memperkukuh pengurusan aduan dan tindakan penguatkuasaan oleh anggota kesihatan.

Katanya, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan perkhidmatan KKM untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memastikan aduan diurus secara lebih sistematik.

“Melalui MyLapor, orang awam boleh mengemukakan aduan dengan menggunakan aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR MyLapor atau mengakses pautan https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public⁠. Setiap aduan akan disalurkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat berdasarkan lokasi kejadian.

“Ini membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil dengan lebih cepat, tepat dan berkesan tanpa perlu melalui proses penyaluran aduan yang panjang. MyLapor turut membolehkan pengadu menerima notifikasi status aduan yang telah dibuat melalui Aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KKM, pelaksanaan MyLapor memberi ruang kepada masyarakat untuk melaporkan kesalahan tanpa perlu bersemuka dengan individu yang melakukan kesalahan.

Pada masa sama, katanya, pengurusan aduan secara digital membantu KKM memantau aduan, mengenal pasti lokasi yang memerlukan perhatian serta merancang tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

“Kepentingan MyLapor melangkaui kemudahan membuat aduan. Penglibatan aktif masyarakat dapat membantu meningkatkan pematuhan terhadap larangan merokok dan melindungi orang ramai khususnya kanak-kanak daripada pendedahan kepada asap rokok.

“Usaha tersebut menyokong pembentukan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, KKM menyeru orang awam agar menggunakan MyLapor secara bertanggungjawab dengan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap bagi membantu siasatan.

“Pemilik serta pengusaha premis juga digalakkan untuk menyokong pelaksanaan ini dengan memaparkan kod QR MyLapor di lokasi yang mudah dilihat dan memastikan pematuhan terhadap larangan merokok di premis masing-masing,” katanya. – UTUSAN

The post MyLapor mudahkan aduan kesalahan merokok appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:0018:00
Latest 18:23 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 16:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    16:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

MyLapor mudahkan aduan kesalahan merokok
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.