Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Dua pelajar tingkatan empat didakwa membunuh Muhammad Idlan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 07:10 MYTLatest activity 9 Oct, 07:10BMconfidence 60%

What happened

KUALA PILAH: Dua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Za’ba didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah semalam atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, pada 25 September lalu. (Utusan Malaysia, 07:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Dua pelajar tingkatan empat didakwa membunuh Muhammad Idlan

By NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI · 9 Oct, 07:10 MYT

KUALA PILAH: Dua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Za’ba didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah semalam atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, pada 25 September lalu.

Bagaimanapun, tiada penga­kuan direkodkan daripada ke­dua-dua tertuduh berikutan pertuduhan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dibacakan di hadapan hakim yang bertindak sebagai Majistret, Roslinda Razali.

Mengikut pertuduhan, ke­dua-dua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, di Blok A, Asrama Putra, SMK Za’ba, antara pukul 7.30 malam hingga 8.50 malam, 25 September lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan dan Muhd. Wajih Zakwan Hanif.

Sementara itu, Hanif berkata, pihak pembelaan memohon supaya kedua-dua tertuduh diberikan intervensi kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh penahanan.

“Pihak pembelaan ada me­mohon kepada mahkamah su­­­paya kedua-dua penama di­hantar ke pusat koreksional se­men­tara menunggu tarikh akan datang.

“Ini bagi membolehkan intervensi dari aspek kaunseling diberikan oleh JKM untuk membantu kedua-dua penama daripada segi mental dan emosi, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak,” ka­tanya ketika ditemui di Mah­kamah Majistret Kuala Pilah, semalam.

Mahkamah menetapkan 7 Di­sember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melapor­kan Muhammad Idlan ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital pada 25 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan paip getah dan tangan di asrama ber­kenaan selepas solat Maghrib.

Beliau turut memaklumkan lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh salah seorang tertuduh manakala 69 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Jumlah itu membabitkan 53 pelajar, empat guru, tiga warden, enam ibu bapa, dua doktor dan seorang jurulatih tinju. – UTUSAN

The post Dua pelajar tingkatan empat didakwa membunuh Muhammad Idlan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:00
Latest 09:08 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 07:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.