
Dua remaja 16 tahun mengaku bersalah rogol gadis OKU
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PEKAN – Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Pekan pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah pondok pada 6 Oktober lalu.Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 16 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.Bagaimanapun, mahkamah tidak menjatuhkan sebarang hukuman terhadap mereka pada prosiding berkenaan.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa berusia 14 tahun 8 bulan di sebuah pondok di sini kira-kira jam 9 malam h (Sinar Harian, 13:49)
Read the reporting
1 reportDua remaja 16 tahun mengaku bersalah rogol gadis OKU
PEKAN – Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Pekan pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah pondok pada 6 Oktober lalu.Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 16 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.Bagaimanapun, mahkamah tidak menjatuhkan sebarang hukuman terhadap mereka pada prosiding berkenaan.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa berusia 14 tahun 8 bulan di sebuah pondok di sini kira-kira jam 9 malam hingga 10 malam, pada 6 Oktober lalu.Kedua- dua remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Aqilah Lokman manakala dua remaja berkenaan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Shuhada Arifin.Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh ahli keluarga masing-masing.Bagaimanapun, hanya seorang daripada tertuduh yang dijamin oleh keluarganya manakala seorang lagi dihantar ke penjara selepas gagal menjelaskan bayaran jaminan berkenaan.Kes disebut 30 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendengar laporan akhlak.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian13:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.