Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM45General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris44General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra43Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar
NewConfirmedupdated 21 min ago

Dua suntikan maut tak berkesan, Christa kembali ke penjara

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 10:02 MYTLatest activity 11 Oct, 13:15BMconfidence 61%

What happened

Washington: Banduan yang bersalah atas kesalahan membunuh, Christa Pike, yang terselamat daripada cubaan hukuman mati yang gagal di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, dibenarkan keluar dari hospital dan dihantar semula ke penjara, kata peguamnya pada Sabtu. (Harian Metro, 10:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Dua suntikan maut tak berkesan, Christa kembali ke penjara

By AFP · 11 Oct, 10:02 MYT

Washington: Banduan yang bersalah atas kesalahan membunuh, Christa Pike, yang terselamat daripada cubaan hukuman mati yang gagal di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, dibenarkan keluar dari hospital dan dihantar semula ke penjara, kata peguamnya pada Sabtu.

Pike, 50, diberikan dua dos ubat pentobarbital pada 30 September lalu, namun suntikan berkenaan gagal membunuhnya meskipun dos itu biasanya membawa maut.

Dia dikejar ke hospital dalam keadaan kritikal sebelum kembali sedar.

Peguamnya berkata, Pike sudah mampu berjalan minggu ini, namun keadaan mentalnya masih tidak stabil.

Pike ialah satu-satunya banduan yang diketahui terselamat selepas diberikan suntikan ubat hukuman mati pada dos yang sepatutnya membawa maut, menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati (DPI).

"Pike dibenarkan keluar dari hospital tempatan dan kini berada di Pusat Rehabilitasi Deborah K. Johnson iaitu tempat dia ditempatkan selama lebih 30 tahun," kata peguamnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Beliau berterima kasih kepada petugas barisan hadapan dan pasukan perubatannya atas penjagaan yang diberikan dalam keadaan luar biasa ini," katanya.

Peguamnya berkata, Pike akan terus menerima rawatan perubatan di penjara manakala pihaknya akan memantau proses pemulihan banduan itu.

Pike dijatuhi hukuman mati di Tennessee selepas dia bersama teman lelakinya memukul dan membunuh Colleen Slemmer, 19, di sebuah pusat latihan pekerjaan ketika berusia 18 tahun.

Cubaan melaksanakan hukuman mati itu berlaku selepas beberapa siri pertikaian undang-undang yang akhirnya dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Pasukan guaman Pike sebelum ini membantah protokol suntikan maut secara intravena (IV) dengan mendakwa kaedah itu akan menyebabkan kesakitan yang tidak perlu berikutan keadaan urat darahnya yang kecil serta penyakit darah yang dihidapinya.

Susulan kegagalan pelaksanaan hukuman mati itu, peguamnya berulang kali menggesa Gabenor Tennessee, Bill Lee supaya meringankan hukumannya kepada penjara seumur hidup. Lee pula menggantung pelaksanaan hukuman mati di negeri itu sementara menunggu hasil siasatan bebas.

Pike yang terselamat daripada cubaan hukuman mati itu kembali mencetuskan perdebatan mengenai etika pelaksanaan hukuman mati di AS. Perdebatan itu semakin hangat susulan pengumuman Pentagon mengenai Hasrat menyiarkan secara langsung pelaksanaan hukuman mati terhadap Nidal Hasan oleh skuad penembak pada 3 Disember ini.

Cadangan siaran langsung itu mencetuskan kemarahan pelbagai tokoh awam termasuk dalam kalangan Parti Republikan. Presiden AS Donald Trump pula membayangkan beliau masih boleh membuat keputusan berhubung perkara itu manakala Pope Leo menegaskan hukuman mati tidak boleh diterima kerana melanggar kesucian dan martabat manusia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow11:0012:0013:00
Latest 13:19 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 10:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    10:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.